06 September, 2011

Sambutan Hari Raya MTD KIjang dan Sumbangan kepada pelajar IPTA/IPTS.

Khamis, 1 September 2011 bersamaan 3 Syawal  1432H, satu sambutan hari raya aidlifitri MTD Kijang telah diadakan di Ombak Village, Kampung Banggol. Majlis ini juga turut disertakan dengan majlis penyampaian sumbangan kepada para pelajar yang berjaya menyambungkan pelajaran ke IPTA/IPTS oleh YB Hjh. Wan Ubaidah Omar pada sebelah pagi.

Seramai 91 orang pelajar telah menerima sumbangan ini. Sumbangan ini adalah bagi menunjukkan keprihatinan dan penghargaan dari pihak YB atas kejayaan mereka. Sumbangan ini disampaikan sendiri oleh YB Kak Ubaidah.

Kemudian, majlis diteruskan dengan sambutan hari raya. Ramai pengunjung yang hadir untuk memeriahkan majlis ini yang mana kebanyakannya adalah anak-anak kelantan di perantauan yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari raya.

Pelbagai menu dan sajian dihidangkan di majlis ini seperti nasi dagang, roti jala, spagethi, nasi gulai kawah, mihun goreng, burger, dan sebagainya. Sudah semestinya yang paling menyeronokkan bagi kanak-kanak yang hadir adalah hidangan pencuci mulut ais krim. 

Tak lupa juga, YB Kak Ubaidah turut memberi duit raya kepada kanak-kanak yang hadir bersama ibu bapa mereka. Kelihatan wajah-wajah ceria mereka apabila memperoleh duit raya.
YB menyampaikan sumbangan kepada pelajar IPTA/IPTS

 YB memberi duit raya kepada kanak-kanak.


 YB Kak Ubaidah melayan tetamu yang hadir.

 pengunjung berbangsa cina juga turut hadir memeriahkan majlis.

Wajah ceria YB Kak Ubaidah.

Suasana sepanjang majlis ini berlangsung cukup meriah dengan kehadiran pengunjung tak kita usia. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan sambutan hari raya pada kali ni dan diharapkan, kita akan bertemu lagi pada sambutan yang akan datang jika dipanjangkan usia oleh Allah swt. InsyaAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...