21 November, 2011

Guna Air Kelantan untuk Membersih Najis Lembu Yang Bernilai RM250 juta

Hadoii.. Tak habis-habis la UMNO ni nak memburukkan Kelantan. Tak habis-habis nak tuduh Kelantan itu ini. .. Dah la duit royalti tak nak bagi. Pastu ada hati nak buruk-burukkan negeri pemerintahan Islam ni. 

Sekarang pasal air kelantan yang dituduh kononnya air terkotor sebab mengandungi kandungan E.coli yang paling tinggi. Tak benar semua tu. Tu adalah tuduhan pihak UMNO untuk menjatuhkan Kelantan. 


Laporan itu merupakan tuduhan rambang yang berniat jahat.
Demikian ditegaskan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu kenyataan, hari ini.
“Saya telah ditanya pagi tadi selepas Mesyuarat Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER) pagi tadi berkenaan laporan muka hadapan Mingguan Malaysia pada 20 November 2011 yang membawa tajuk ‘Air Kelantan Terkotor?’,” ujarnya di dalam kenyataan yang terkandung di Facebook beliau.
“Saya kira masih ramai yang belum lupa bagaimana Utusan Malaysia pernah memainkan isu ‘Kristian Agama Rasmi Negara’ satu ketika dahulu yang terbukti kemudiannya sebagai satu pembohongan semata-mata,” kata beliau.

Namun, menurutnya dibimbangi isu yang dimainkan itu menimbulkan polemik yang berpanjangan, beliau telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri Kelantan Datuk Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman untuk memberikan kenyataan menjelaskan perkara yang sebenar.
Bagaimanapun, ujarnya sebagai respons awal sebelum kenyataan lanjut dikeluarkan, beliau ingin menarik perhatian terhadap beberapa fakta sebenar yang disorok dari pengetahuan umum oleh Utusan Malaysia.
“Pertamanya, sukalah saya merujuk kepada surat yang dihantar oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kepada Pengurus Besar Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) yang bertarikh 30 Oktober 2011 yang memaklumkan prestasi kurang memuaskan beberapa buah negeri seperti yang termaktub di dalam Laporan Pencapaian Pematuhan Kualiti Air Terawat Bagi Parameter QAP Seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Julai dan Januari hingga Ogos 2011 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya,” katanya lagi.
Menurutnya lagi, negeri-negeri yang menunjukkan prestasi kurang memuaskan itu ialah Kelantan, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Perak dan Perlis.
Berdasarkan lampiran yang diberikan, jelasnya kandungan E.coli yang terdapat di dalam air terawat yang dibekalkan oleh AKSB dinilai sebanyak 0.88%.
Ia, jelasnya lagi lebih rendah jika dibandingkan dengan negeri Pahang (1.12%),  Perak (0.90%), Perlis (1.21%) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.01%).
“Jelas sekali, laporan ini tidak lain hanyalah merupakan satu usaha untuk menggunakan air Kelantan membersihkan najis lembu yang bernilai RM250 juta. 
“Nasihat saya, bertaqwalah kepada Allah SWT kerana apa yang ditulis akan disoal oleh-Nya di akhirat kelak,” ujarnya.
Untuk lebih lanjut, boleh baca di harakahdaily.


19 November, 2011

Program Khatan Perdana..

 Sabtu, 19 November 2011, Majlis Tindakan Dun KIjang telah mengadakan Program Khatan Perdana. Seramai 87 orang peserta khatan telah hadir bagi menjayakan program ini. Sesi pendaftaran bermula seawal jam 8 pagi. Namun, ibu bapa memang dah datang lebih awal lagi.

Sebagai seorang Islam. Kita memang wajib berkhatan tak kira lelaki mahupun perempuan. Namun, berkhatan bagi lelaki adalah sunat dihebahkan manakala bagi perempuan adalah sebaliknya. 


Program ni dirasmikan sendiri oleh YB Kak Ubai, ADUN Kijang. Majlis perasmian ini dimulai dengan aktiviti suap pulut semangat oleh YB dan juga penyerahan sedikit cenderamata kepada peserta khatan. 

Dalam majlis ini juga, ada majlis lain iaitu penyerahan cek OKU, Kronik dan cek KIFAALAH warga emas. 


Sebahagian pulut kuning yang dibawa oleh ibu bapa peserta. 

YB suap pulut.. Bertuah dapat merasa YB suap.. Kemudian, amek sedikit cenderamata. Towel buat tutup muka.. Lalala~

Tengah menunggu turn sambil layan Upin & Ipin.

Dah sedia dik?? Selawat banyak-banyak. Doktor dah nak potong ni.

Sebahagian yang menerima cek OKU, Kronik dan KIfaalah warga emas.

Alhamdulillah.. Program berjalan dengan lancar. Lebih kurang masuk waktu asar, segalanya dah selesai. tahniah kepada semua jawatankuasa MTD Kijang yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Sekalung terima kasih kepada doktor-doktor dari PAPISMA kerana sudi bekerjasama dengan pihak kami. 

08 November, 2011

Mufti Terkejut PM, Rosmah selesai tunai ibadah Haji.



Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 nov. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar  di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan  13 Zulhijjah.


“Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.


Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."

Sumber : Malaysiakini.

Ehmmm.. Haji mabrur ke tak hanya Allah yang Maha Mengetahui.. Kita ni sama je di sisi Allah.. Hamba yang kerdil dan hina. Yang membezakan kita hanyalah iman dan takwa. Yang paling utama, kita sedar siapa diri kita. Tak guna pergi menunaikan haji hanya untuk menyombongkan diri dan takbur, semata-mata untuk mengaburi mata orang lain. Islam itu agama yang indah. Agama Allah swt..

02 November, 2011

Seksualiti Merdeka???

Pernah dengar pasal Seksualiti Merdeka? Untuk pengetahuan, program Seksualiti Merdeka yang bertemakan Queer Without Fear ini telah berlangsung semalam sehingga 13 November 2011 di The Annaxe Gallery. Program ini kononnya memperjuangkan human right, menuntut hak dan kebebasan golongan lesbian, gay,biseksual dan transeksual untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka.

Dewan Pemuda PAS Malaysia bagaimanapun meneyeru penganjur dan program ini agar tidak meneruskan perjuangan mereka. Baca selanjutnya di SINI.

Sedar tak sedar, semua ni bertentangan dengan apa yang telah disyariatkan oleh Islam itu sendiri. Kenapa kita nak menentang fitrah kejadian manusia yang dilahirkan hidup berpasang-pasangan lelaki dan perempuan.. Kenapa perlu pejuangkan benda yang ditegah oleh agama. Jangan sampai kita dilaknat oleh Allah sama macam kaum Nabi Luth AS dahulu.

Renung-renungkan lah, Takkan kita nak meniru budaya negara barat yang dah jelas takde agamanya. Kita yang sememangnya negara Islam ni sepatutnya memandang serius benda-benda macam ni. Jangan hanya pandang sebelah mata. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...