21 November, 2011

Guna Air Kelantan untuk Membersih Najis Lembu Yang Bernilai RM250 juta

Hadoii.. Tak habis-habis la UMNO ni nak memburukkan Kelantan. Tak habis-habis nak tuduh Kelantan itu ini. .. Dah la duit royalti tak nak bagi. Pastu ada hati nak buruk-burukkan negeri pemerintahan Islam ni. 

Sekarang pasal air kelantan yang dituduh kononnya air terkotor sebab mengandungi kandungan E.coli yang paling tinggi. Tak benar semua tu. Tu adalah tuduhan pihak UMNO untuk menjatuhkan Kelantan. 


Laporan itu merupakan tuduhan rambang yang berniat jahat.
Demikian ditegaskan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu kenyataan, hari ini.
“Saya telah ditanya pagi tadi selepas Mesyuarat Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER) pagi tadi berkenaan laporan muka hadapan Mingguan Malaysia pada 20 November 2011 yang membawa tajuk ‘Air Kelantan Terkotor?’,” ujarnya di dalam kenyataan yang terkandung di Facebook beliau.
“Saya kira masih ramai yang belum lupa bagaimana Utusan Malaysia pernah memainkan isu ‘Kristian Agama Rasmi Negara’ satu ketika dahulu yang terbukti kemudiannya sebagai satu pembohongan semata-mata,” kata beliau.

Namun, menurutnya dibimbangi isu yang dimainkan itu menimbulkan polemik yang berpanjangan, beliau telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri Kelantan Datuk Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman untuk memberikan kenyataan menjelaskan perkara yang sebenar.
Bagaimanapun, ujarnya sebagai respons awal sebelum kenyataan lanjut dikeluarkan, beliau ingin menarik perhatian terhadap beberapa fakta sebenar yang disorok dari pengetahuan umum oleh Utusan Malaysia.
“Pertamanya, sukalah saya merujuk kepada surat yang dihantar oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kepada Pengurus Besar Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) yang bertarikh 30 Oktober 2011 yang memaklumkan prestasi kurang memuaskan beberapa buah negeri seperti yang termaktub di dalam Laporan Pencapaian Pematuhan Kualiti Air Terawat Bagi Parameter QAP Seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Julai dan Januari hingga Ogos 2011 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya,” katanya lagi.
Menurutnya lagi, negeri-negeri yang menunjukkan prestasi kurang memuaskan itu ialah Kelantan, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Perak dan Perlis.
Berdasarkan lampiran yang diberikan, jelasnya kandungan E.coli yang terdapat di dalam air terawat yang dibekalkan oleh AKSB dinilai sebanyak 0.88%.
Ia, jelasnya lagi lebih rendah jika dibandingkan dengan negeri Pahang (1.12%),  Perak (0.90%), Perlis (1.21%) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.01%).
“Jelas sekali, laporan ini tidak lain hanyalah merupakan satu usaha untuk menggunakan air Kelantan membersihkan najis lembu yang bernilai RM250 juta. 
“Nasihat saya, bertaqwalah kepada Allah SWT kerana apa yang ditulis akan disoal oleh-Nya di akhirat kelak,” ujarnya.
Untuk lebih lanjut, boleh baca di harakahdaily.


1 ulasan:

zakeri berkata...

tgk tak sidang akhbar Zahid Hamidi semalam? Macam haram....berani betul bagi statement macam tuh... dah masuk ISA ingat dah insaf... makin teruk adalah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...