04 Januari, 2010

Sekitar Lawatan Kartika Seri Dewi




Budi diSemai,Bakti Dituai





Assalamuaikum...

Pada 29 Disember 09, YB Wan Ubaidah Bt Omar telah bagi sumbangan kepda pelajar cemerlang UPSR, PMR dan kepada pelajar IPTA..Kira-kira RM 15 Ribu disumbangkan kepada para pelajar ini. Diharap semua pelajar dun Kijang sentiasa cemerlang Dunia & akhirat..

08 Disember, 2009

Aktiviti Dun Kijang

Majlis pengagihan bantuan untuk mangsa banjir
4 Disember 2009

Pasti Penambang









Majlis Khatan Perdana
Tempat: Pejabat Dun Kedai Buloh
4 Disember 2009









Majlis Korban Perdana
Tempat: Perkarangan Rumah Tokwe Limah, Banggol.
3 Zulhijjah 2009




30 November, 2009

Banjir oh Banjir...


Assalamualaikum Waramatullah.

Semenjak dua menjak ini, telah berdesir khabar di bawa angin dari Laut China Selatan perihal wakil rakyat Dun Kijang tidak melawat atau menjenguk langsung kawasan yang dilanda banjir tahunan.


Komen-komen yang didapati di dalam laman sosial Facebook sebagai contoh, memaparkan komen seorang yang berada di Kuala Lumpur memarahi YB kita kerana tidak melawat neneknya di Kampung Pulau Panjang (kalau xsilap). Inilah mentaliti yang menyedihkan. Cuba bayangkan, rakyat Dun Kijang seramai lebih 50,000. Tok wakil pulak seorang. Wanita pulak tu.

Cuba tarik nafas dalam-dalam, dan fikirkan, sempatkah masa selama 20jam ditolak masa tidur untuk seorang manusia biasa bukan robot melawat kesemua 50,000 (atau lebih, angka diletak ikut sedap) mangsa banjir dalam semua mukim? Di sini, apa guna ketua cawangan dan apa guna Penghulu? Tambahan, YB kita bukan hanya menjadi wakil rakyat Kijang, beliau juga merupakan EXCO Wanita Keluarga dan Kesihatan yang menyebabkan tumpuan masa
tidak dapat diberikan sepenuhnya dibawah perhatian beliau.

Disini lah penghulu dan individu terlibat patut mengambil tanggungjawab, paling tidak, melaporkan apa-apa kejadian yang memerlukan perhatian sege
ra YB. Jangan hanya hal melibatkan kematian saja cepat laporan dibuat kepada YB (cepat dapat duit Kifalah bagi warga emas). Saya boleh jamin, tok wakil kita ni bekerja ikhlas untuk rakyat kerana ALLAH. jika ada sedikit kekurangan dan kesilapan, kita jangan lupa bahawa YB kita juga manusia biasa, yang terkadang terlepas pandang beberapa hal dan perkara. Oleh itu, di sini menjadi tanggungjawab kita pula untuk memberitahu, melapor dan menegur yang mana patut demi kemajuan dan kemaslahatan rakyat DUN kijang jua.

P;s : t.kasih kepada commenter, 'anak kg' kerana teguran yang me
mbina.





Mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Penambang....





24 Oktober, 2009

MARI BERKORBAN....

“..apa saja yang kamu infakkan pada jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup dan kamu tidak akan dizalimi(dirugikan)” 8:60.

“Ketahuilah,sesunggu hnya infaq itu satu jalan bagi mereka untuk mendekatkan diri kepada Allah” 9:99.


salam..

berminat untuk berkorban sambil menderma kepada warga miskin, ibu tunggal dan anak yatim?

kami Persatuan Wanita dan Armalah Kijang Emas menawarkan program korban yang akan dilaksanakanpada Aidil Adha nanti

Harga 1 bahagian : RM 300 sahaja

Untuk keterangan lanjut/sebarang pertanyaan sila hubungi :

019-5233408, 013-9095980

013-9284133( syiedah)


26 September, 2009

Meriahnya Aidilfitri.....MTD Kijang bersama Kak Ubai

MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI MTD KIJANG
6 SYAWAL 1430/9 SEPT 209
PEJABAT MTD KIJANG







13 September, 2009

Menggapai Lailatul Qadar


Assalamualaikum wbt.

Salam Ramadhan buat semua pelawat dan pembaca yang budiman.

Makna Lailatul Qadr
Lailatul Qadr adalah malam diturunkannya al-Quran oleh Allah Ta’ala. Namun begitu terdapat beberapa makna malam lailatul qadr berdasarkan pendapat para ulama seperti berikut.

Pertama: maknanya adalah malam keputusan; atau malam penetapan. Dinamakan demikian kerana pada malam itu Allah Ta’ala menetapkan perintah-Nya yang Dia kehendaki, berupa kematian, ajal, rezeki dan lainnya sampai malam Al-qadr tahun berikutnya. Ini pendapat Ibnu Abbas, Ikrimah dan Sa’id bin Jubair.

Kedua: maknanya adalah malam kemuliaan. Dinamakan demikian kerana keagungannya, dan kemuliaannya. Ini pendapat az-Zuhri dan lainnya. Ada juga yang mengatakan dinamakan demikian kerana perbuatan-perbuatan ketaatan pada malam itu memiliki nilai yang agung dan pahala yang banyak. Abu Bakar al-Warraq berkata: “Dinamakan demikian kerana orang yang tidak punya kemuliaan dan keutamaan akan mendapatkannya, jika dia menghidupkan malam tersebut.” Ada juga yang mengatakan dinamakan demikian kerana pada malam itu Allah Ta’ala menurunkan Kitab (al-Quran) yang memiliki kemuliaan, kepada Rasul (Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam) yang memiliki kemuliaan. Pendapat lain menyatakan, kerana pada malam itu para malaikat yang memiliki kemuliaan dan kepentingan turun ke bumi. Pendapat lain menyatakan, kerana pada malam itu Allah Ta’ala menurunkan kebaikan, berkah dan ampunan.

Ketiga: maknanya adalah malam yang sempit. Dinamakan demikian kerana pada malam itu bumi sesak/sempit dengan para malaikat. Ini dinyatakan oleh al-Khalil. (Lihat semua keterangan di atas dalam Tafsir al-Qurthuby surat al-Qadr).

Keutamaannya
Cukuplah sebagai keutamaannya bahawa lailatul qadr itu lebih baik daripada seribu bulan. Allah berfirman (yang artinya): “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.” (QS. al-Qadr 1-3). Kebanyakan ahli tafsir menyatakan bahawa yang dimaksudkan adalah suatu amalan yang dilakukan pada malam itu lebih baik daripada amalan yang dilakukan seribu bulan yang tidak ada lailatul qadr padanya. Ini dikatakan oleh Mujahid, Qatadah, as-Syafi’i, dan lainnya. (Lihat Tafsir Ibnu Katsir, al-Qurthuby, as-Sa’di dan lainnya dalam surat al-Qadr).

Oleh kerana itulah lailatul qadr merupakan malam yang diberkahi. Allah Ta’ala berfirman (yang maksudnya):
“Haa Miim. Demi Kitab (al-Quran) yang menjelaskan. Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. (Iaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah yang mengutus rasul-rasul sebagai rahmat dari Rabb-mu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS ad-Dukhan 1-6).

Waktunya
Ada riwayat dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bahwa lailatul qadr terjadi pada malam Ramadhan ke 21, 23, 25, 27, 29 dan akhir malam bulan Ramadhan. Pendapat terkuat waktunya adalah pada malam-malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Carilah lailatul qadr pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan”. (HR. Bukhari, Muslim no. 1169 dari ‘Aisyah).

Dan memang ilmu tentang hal tersebut telah diambil oleh Allah daripada Nabi gara-gara kesalahan (iaitu pertengkaran) yang dilakukan oleh dua lelaki di antara umat beliau. ‘Ubadah bin as-Shamit berkata: “Bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar akan memberitahukan tentang lailatul qadr, lalu ada dua lelaki di antara kaum muslimin bertengkar maka beliau bersabda: “Sesungguhnya aku keluar untuk memberitahukan kalian tentang lailatul qadr. Tetapi sesungguhnya si Fulan dan si Fulan bertengkar sehingga diangkatlah (ilmu tentang waktu lailatul qadr). Namun mudah-mudahan hal itu lebih baik bagi kalian. Carilah lailatul qadr pada malam tujuh, sembilan dan lima (yang terakhir).” (HR. al-Bukhari).

Menggapai Keutamaannya
Jika kita telah mengetahui hal-hal di atas, hendaklah kita memperbanyak berbagai amalan ketaatan pada waktu-waktu di atas. Amalan-amalan itu seperti solat terawih, membaca al-Quran, sedekah, zikir, berdoa dan lain-lain. ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata: “Kebiasaan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam jika telah masuk sepuluh akhir Ramadhan, beliau menghidupkan malamnya, membangunkan isterinya, bersungguh-sungguh (beribadah) dan mengencangkan sarungnya (tidak menggauli isterinya).” (HR. Bukhari dan Muslim 1174).

‘Aisyah juga pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: “Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat anda jika aku mengetahui waktu lailatul qadr, apa yang aku ucapkan di malam itu?” Beliau menjawab: “Ucapkanlah: Allaahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annii (wahai Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah daku).” (HR. Ibnu Majah dan at-Tirmidzi dengan sanad yang shahih)Tanda-tandanyaRasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah memberitahukan tanda-tanda lailatul qadr di dalam beberapa hadisnya, antara lain: Dari Abu Hurairah dia berkata: “Kami memperbincangkan lailatul qadr di sisi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, lalu beliau bersabda: ”Siapa diantara kalian yang mengingat ketika bulan muncul, yang bulan itu seperti separuh piring”. (HSR. Muslim).Al-Qadhi ‘Iyadh berkata: “Padanya terdapat isyarat bahwa lailatul qadr hanyalah akan terjadi pada akhir-akhir bulan, karena bulan tidak akan demikian munculnya kecuali pada akhir-akhir bulan”. (Sifat Shaum Nabi, hal. 90). Ubay bin Ka’b berkata: “Demi Allah, sesungguhnya aku mengetahui bila lailatul qadr itu, iaitu malam yang kami diperintahkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam untuk solat padanya. Iaitu malam yang esok paginya (adalah hari ke) dua puluh tujuh. Adapun tandanya adalah matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan putih tidak menyilaukan.” (HSR. Muslim no. 762, Tirmidzi, Abu Dawud, al-Humaidi dan lainnya).
Ibnu Abbas berkata: “Lailatul Qadr adalah malam yang lembut, sedang, tidak panas, tidak dingin; matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan lembut, merah“. (HR. at-Thayalisi 349, Ibnu Khuzaimah dan al-Bazzar dengan sanad yang hasan)

Sekian, Wallahu A’lam…