08 Disember, 2009

Aktiviti Dun Kijang








Majlis pengagihan bantuan untuk mangsa banjir 4 Disember 2009 bertempat di Pasti Penambang



Majlis Khatan Perdana
Tempat: Pejabat Dun Kedai Buloh
4 Disember 2009






Majlis Korban Perdana
Tempat: Perkarangan Rumah Tokwe Limah, Banggol.
3 Zulhijjah 2009

24 Oktober, 2009

MARI BERKORBAN....

“..apa saja yang kamu infakkan pada jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup dan kamu tidak akan dizalimi(dirugikan)” 8:60.
“Ketahuilah,sesunggu hnya infaq itu satu jalan bagi mereka untuk mendekatkan diri kepada Allah” 9:99.
sumber gambar:The Rise Of Islam
Salam..
berminat untuk berkorban sambil menderma kepada warga miskin, ibu tunggal dan anak yatim?
kami Persatuan Wanita dan Armalah Kijang Emas menawarkan program korban yang akan dilaksanakanpada Aidil Adha nanti

Harga 1 bahagian : RM 300 sahaja
Untuk keterangan lanjut/sebarang pertanyaan sila hubungi :
019-5233408, 013-9095980
013-9284133( syiedah)

26 September, 2009

Meriahnya Aidilfitri.....MTD Kijang bersama Kak Ubai

MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI MTD KIJANG
6 SYAWAL 1430/9 SEPT 209
PEJABAT MTD KIJANG







13 September, 2009

Menggapai Lailatul Qadar


Assalamualaikum wbt.

Salam Ramadhan buat semua pelawat dan pembaca yang budiman.

Makna Lailatul Qadr
Lailatul Qadr adalah malam diturunkannya al-Quran oleh Allah Ta’ala. Namun begitu terdapat beberapa makna malam lailatul qadr berdasarkan pendapat para ulama seperti berikut.

Pertama: maknanya adalah malam keputusan; atau malam penetapan. Dinamakan demikian kerana pada malam itu Allah Ta’ala menetapkan perintah-Nya yang Dia kehendaki, berupa kematian, ajal, rezeki dan lainnya sampai malam Al-qadr tahun berikutnya. Ini pendapat Ibnu Abbas, Ikrimah dan Sa’id bin Jubair.

Kedua: maknanya adalah malam kemuliaan. Dinamakan demikian kerana keagungannya, dan kemuliaannya. Ini pendapat az-Zuhri dan lainnya. Ada juga yang mengatakan dinamakan demikian kerana perbuatan-perbuatan ketaatan pada malam itu memiliki nilai yang agung dan pahala yang banyak. Abu Bakar al-Warraq berkata: “Dinamakan demikian kerana orang yang tidak punya kemuliaan dan keutamaan akan mendapatkannya, jika dia menghidupkan malam tersebut.” Ada juga yang mengatakan dinamakan demikian kerana pada malam itu Allah Ta’ala menurunkan Kitab (al-Quran) yang memiliki kemuliaan, kepada Rasul (Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam) yang memiliki kemuliaan. Pendapat lain menyatakan, kerana pada malam itu para malaikat yang memiliki kemuliaan dan kepentingan turun ke bumi. Pendapat lain menyatakan, kerana pada malam itu Allah Ta’ala menurunkan kebaikan, berkah dan ampunan.

Ketiga: maknanya adalah malam yang sempit. Dinamakan demikian kerana pada malam itu bumi sesak/sempit dengan para malaikat. Ini dinyatakan oleh al-Khalil. (Lihat semua keterangan di atas dalam Tafsir al-Qurthuby surat al-Qadr).

Keutamaannya
Cukuplah sebagai keutamaannya bahawa lailatul qadr itu lebih baik daripada seribu bulan. Allah berfirman (yang artinya): “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.” (QS. al-Qadr 1-3). Kebanyakan ahli tafsir menyatakan bahawa yang dimaksudkan adalah suatu amalan yang dilakukan pada malam itu lebih baik daripada amalan yang dilakukan seribu bulan yang tidak ada lailatul qadr padanya. Ini dikatakan oleh Mujahid, Qatadah, as-Syafi’i, dan lainnya. (Lihat Tafsir Ibnu Katsir, al-Qurthuby, as-Sa’di dan lainnya dalam surat al-Qadr).

Oleh kerana itulah lailatul qadr merupakan malam yang diberkahi. Allah Ta’ala berfirman (yang maksudnya):
“Haa Miim. Demi Kitab (al-Quran) yang menjelaskan. Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. (Iaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah yang mengutus rasul-rasul sebagai rahmat dari Rabb-mu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS ad-Dukhan 1-6).

Waktunya
Ada riwayat dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bahwa lailatul qadr terjadi pada malam Ramadhan ke 21, 23, 25, 27, 29 dan akhir malam bulan Ramadhan. Pendapat terkuat waktunya adalah pada malam-malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Carilah lailatul qadr pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan”. (HR. Bukhari, Muslim no. 1169 dari ‘Aisyah).

Dan memang ilmu tentang hal tersebut telah diambil oleh Allah daripada Nabi gara-gara kesalahan (iaitu pertengkaran) yang dilakukan oleh dua lelaki di antara umat beliau. ‘Ubadah bin as-Shamit berkata: “Bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar akan memberitahukan tentang lailatul qadr, lalu ada dua lelaki di antara kaum muslimin bertengkar maka beliau bersabda: “Sesungguhnya aku keluar untuk memberitahukan kalian tentang lailatul qadr. Tetapi sesungguhnya si Fulan dan si Fulan bertengkar sehingga diangkatlah (ilmu tentang waktu lailatul qadr). Namun mudah-mudahan hal itu lebih baik bagi kalian. Carilah lailatul qadr pada malam tujuh, sembilan dan lima (yang terakhir).” (HR. al-Bukhari).

Menggapai Keutamaannya
Jika kita telah mengetahui hal-hal di atas, hendaklah kita memperbanyak berbagai amalan ketaatan pada waktu-waktu di atas. Amalan-amalan itu seperti solat terawih, membaca al-Quran, sedekah, zikir, berdoa dan lain-lain. ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata: “Kebiasaan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam jika telah masuk sepuluh akhir Ramadhan, beliau menghidupkan malamnya, membangunkan isterinya, bersungguh-sungguh (beribadah) dan mengencangkan sarungnya (tidak menggauli isterinya).” (HR. Bukhari dan Muslim 1174).

‘Aisyah juga pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: “Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat anda jika aku mengetahui waktu lailatul qadr, apa yang aku ucapkan di malam itu?” Beliau menjawab: “Ucapkanlah: Allaahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annii (wahai Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah daku).” (HR. Ibnu Majah dan at-Tirmidzi dengan sanad yang shahih)Tanda-tandanyaRasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah memberitahukan tanda-tanda lailatul qadr di dalam beberapa hadisnya, antara lain: Dari Abu Hurairah dia berkata: “Kami memperbincangkan lailatul qadr di sisi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, lalu beliau bersabda: ”Siapa diantara kalian yang mengingat ketika bulan muncul, yang bulan itu seperti separuh piring”. (HSR. Muslim).Al-Qadhi ‘Iyadh berkata: “Padanya terdapat isyarat bahwa lailatul qadr hanyalah akan terjadi pada akhir-akhir bulan, karena bulan tidak akan demikian munculnya kecuali pada akhir-akhir bulan”. (Sifat Shaum Nabi, hal. 90). Ubay bin Ka’b berkata: “Demi Allah, sesungguhnya aku mengetahui bila lailatul qadr itu, iaitu malam yang kami diperintahkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam untuk solat padanya. Iaitu malam yang esok paginya (adalah hari ke) dua puluh tujuh. Adapun tandanya adalah matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan putih tidak menyilaukan.” (HSR. Muslim no. 762, Tirmidzi, Abu Dawud, al-Humaidi dan lainnya).
Ibnu Abbas berkata: “Lailatul Qadr adalah malam yang lembut, sedang, tidak panas, tidak dingin; matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan lembut, merah“. (HR. at-Thayalisi 349, Ibnu Khuzaimah dan al-Bazzar dengan sanad yang hasan)

Sekian, Wallahu A’lam…

05 Ogos, 2009

NISFU SYABAN


Assalamualaikum..

Setelah menyepi sekian lama, kini kita kembali bersama di malam penuh keberkatan dimana buku amalan diangkat digantikan dengan buku baru. Di harapkan semoga semua warga dun kijang dalam rahmat Allah.

Allamdulillah YB Adun Kijang telah melakukan pelbagai aktiviti sepanjang tahun ini, cuma disebabkan kesibukan yang terlampau ditambah dengan Pilihanraya di Manik Urai menyebabkan penulis tidak sempat berkongsi cerita dan aktiviti di Dun Kijang.

Munculnya Nisfu Syaaban menandakan, bulan yang dinanti akan menjelma dalam 15 hari lagi, bersama kita mengucapkan syukur dan berdoa agar kita semua berpeluang untuk menjadi tetamu Ramadhan Al Mubarak. Sama-samalah kita mempersiapkan diri untuk meningkatkan amalan lebih dari tahun sebelumnya.

Pada malam ini, dikatakan Allah akan turun ke Langit dunia, oleh itu bersama kita bangun mengabdikan diri padaNYA. Firman " Sesiapa yang meminta Ampun, maka AKU mengampuninya, mereka yang ditimpa bala bencana, AKU lepaskanya & mereka yang meminta rezeki, AKU berikan Rezeki padanya". Bersama kita berdoa kepadaNYA semoga kita semua dipanjangkan umur,murah rezki dan Ditetapkan Iman serta Mati dalam Kalimah Syahadah.

Amin Ya Rabbal Alamin...

24 Mac, 2009

Majlis Meraikan Pelajar Cemerlang..


Majlis Meraikan Pelajar Cemerlang Bersama Pelajar Cemerlang Malaysia SPM 2008


Pada 21.3.09 (Sabtu), jam 10 pagi, pelajar cemerlang Dun Kijang telah diraikan bersama Pelajar Cemerlang SPM 2008, Nik Nur Madihah BT Nik Mohd Kamal(20 A). Majlis ini dirasmikan oleh YB Wan Ubaidah Bt Omar. Seramai lebih kurang 60 orang pelajar Cemerlang dari kalangan pelajar SPM, STAM dan STPM mendapat 5 hingga 11 A. Mereka mendapat sedikit sumbangan daripada YB dan Al Azhar Media. Majlis ini dianjurkan oleh Majlis Tindakan Dun Kiajng dengan kerjasama Nisa dun Kijang.


Antara kata-kata perangsang NIk Nur Madihah " Apa yang pentiung keyakinan kita pada Allah, jangan kita berputus asa pada Rahmat Allah"...


12 Mac, 2009

Anggota parlimen PklnChepa sumbang sebulan elaun baiki masjid




PENGKALAN CHEPA, 12 Mac (Hrkh) - Fungsi masjid bukan sahaja dijadikan tempat sembahyang atau beribadat, sebaliknya sebagai kegiatan bagi masyarakat setempat.
Angggota Parlimen Pengkalan Chepa, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman berkata, fungsi masjid perlu diperluaskan dan bukan sekadar hanya tempat bersembahyang sahaja.
"Sewaktu zaman Nabi Muhammad saw, masjid mempuyai pelbagai fungsi sehingga untuk berperang pun Nabi berbincang dalam masjid," katanya pada majlis memungut derma bagi mengubahsuai Masjid Pulau Pisang di sini, baru-baru ini.
Kata beliau, lima fungsi utama masjid di awal kebangkitan Islam iaitu, tempat sembahyang, mesyuarat, berbincang mengenai peperangan, mahkamah dan pusat pendidikan.
Pada majlis itu beliau juga meminta ahli-ahli jawatankuasa masjid berkenaan memikirkan cara dan program yang bersesuaian untuk mendekatkan remaja dengan masjid.
"Sediakan aktiviti masjid untuk golongan belia, dengan cara ini dapat mendekatkan mereka dengan masjid," katanya.
Beliau juga memberi menderma sebanyak RM10,000 dan sebulan elaun kepada dana masjid berkenaan.
Masjid terbabit terletak di bawah Dun Kijang, sering kali ditenggelami banjir pada musim tengkujuh. Sebanyak RM300,000 diperlukan untuk mengubahsuai masjid berkenaan.
Sementara itu orang ramai dialu-alukan menderma bagi mengisi tabung tersebut.
Sumbangan boleh diberi melalui bendahari Masjid Pulau Pisang akaun Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB), nombor akaun 03036020228373. -

05 Mac, 2009

ISU PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH

Assalamualaikum...

Bagi menjawab isu Penggunaan nama Allah Disini saya ingin berkongsi apa yang dijelaskan Oleh Tn Hj Annual Bakri ...

Penggunaan Nama Allah OLeh orang Bukan Islam

Dalil yang menerangkan bahaaw orang -orang bukan islam (kafir) boleh menggunakan perkataan (Allah)

1) Surah Al mUkminun:85 " Mereka akan menjawab "kepunyaan Allah" "katakanlah ; Maka apakah kamu tidak bertaqwa?"

2) Surah Luqman:25 " Dan sesungguhnya kamu tanyakan kepada mereka: 'siapakah yang menciptakan langit dan bumi?' tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah: "segala puji bagi Allah'; tetepi kebanyakan mereka tidak mengetahui'.

3) Surah Azzukhruf: 87 " Dan sugguuh jika kamu bertabya kepada mereka; 'siapakah yang menjadikan mereka, nescaya mereka akan menjawab "Allah", maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan dari meyembah Allah?.

  • Sungguhpun terdapat bukti yang membolehkan peenggunaan perkataan Allah oleh semua golongan tetapi seperti jugalah dengan perkara-perkara lain, ia tidak boleh disalahgunakan. Perkataaan amal misalnya boleh digunakan untuk perkara maaruf tetapi ia juga boleh bertukar menjadi maksiat jika dalam majlis makan malam amal itu disertai perkara-perkara maksiat.
  • Apa yang penting disini, ialah tujuan penggunaan pihak-pihak bukan Islam khususnya pihak gereja Kristian. Jika mereka mahu menggunakan perkataan Allah sekalipun, mereka masih dibolehkan dengan syarat mereka mesti terlebih dahulu menyatakan kesediaan bertulis dalam bentuk deklarasi bahawa Allah yang dimaksudkan ialah Allah yang manjadi Tuhan kepada makhluk , seluruh kejadian langit dan bumi dalam kerangka pengertian Islam yang asli. Allah yang dirujuk itu adalah seperti yang tergambar dalam seluruh maksud ayat-ayat suci Al Quran secara khusus dan keseluruhan. Dari segi sifat Allah SWT itu, pihak gereja Kristian perlu menerima premis asas berpaksikan lafaz wahyu yang dirakamkan dalam Ayat 3 Surah Al-Ikhlas itu iaitu: " Lam Yalid Walam Yu Lad" ( Dia tidak beranak dan diperanakakan)
  • Pihak Gereja Kristian wajib menerima perkataan Allah dalam kerangka pengertian ini, dan mereka perlu catat pengakuan ini secara terbuka terlebih dahulu. Dari situ, baru kita boleh menerima penggunaan [perkataan Allah tanpa ragu dan syak.
  • Apa yang dikhuatiri ialah unsur pengeliruan yang cuba dilahirkan.

Wallahua'lam.....PEJABAT MENTERI BESAR KELANTAN...3.2.09

28 Februari, 2009

Umno-BN tadbir negara dengan hasil judi

BAKAL PM MALAYSIA...

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Hrkh) - PAS khuatir tindakan yang dilakukan oleh bakal Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak seolah menggambarkan Umno/BN mentadbir negara dengan hasil wang judi.
Ini berikutan, tindakan Najib yang meluluskan 10 'special draw' judi sebaik sahaja menerajui Kementerian Kewangan menampakkan 'tembelang' sebenar bakal Presiden Umno itu.
Demikian kata Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli semasa mengulas jawapan bertulis Kementerian Kewangan mengenai kelulusan 10 cabutan 'special draw' kepada Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook baru-baru ini.
"Jawapan bertulis yang diberi kepada Loke terdapat 10 kali 'special draw' (cabutan khas) yang dibuat selepas Najib menerajui Kementerian Kewangan.
"Dengan cabutan itu kerajaan mendapat hasil cukai itu sebanyak RM77,026,171.04. dan dalam jawapan kementerian itu bahawa cabutan bertujuan untuk dana pendidikan, kesihatan dan sebagainya, "dakwa Hatta.
PAS khuatir tindakan ini sekali lagi menggambarkan bahawa Umno/BN mentadbir negara dengan hasil wang judi, katanya.
Malah paling dikesali, dalam keadaan ketiadaan wang kerajaan Umno/BN begitu mudah menggunakan industri judi untuk mendapatkan sumber kewangan, ujarnya.
"Ini juga menunjukkan kerajaan sebenarnya menggalakkan orang ramai berjudi, sedangkan judi akan mengundang kepada masalah sosial dan sebagainya," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.
Paling membimbangkan, dalam keadaan ekonomi gawat, tabiat judi ini digalakkan dengan kelulusan 'special draw' akan hanya memusnahkan lagi ekonomi dan kantung rakyat, kata Hatta.
Sementara itu, Loke mendedahkan Kementerian Kewangan telah meluluskan 10 cabutan 'special draw' (cabutan khas) pada tahun 2008.
Katanya jumlah kutipan cukai yang diperolehi daripada cabutan khas tersebut adalah sebanyak RM77,026,171.04.
Kerajaan membenarkan cabutan khas diadakan berdasarkan kepada keperluan semasa yang bertujuan untuk membiayai pelbagai program dan projek pembangunan yang berbentuk sukan, kebajikan, pendidikan, kesihatan dan kemasyarakatan, dedahnya.- azm/mks. _

15 Februari, 2009

Sambutan Chap Goh Mei bersama Kak Ubai....


CHAP GOH MEI
Pada 9 Febuatri 2009,YB Hjh Wan Ubaidah Bt Omar(Adun Kijang) bersama YB Dato' Anuar Tan menghadiri sambutan CHAP GOH MEI...Pada majlis tersebut YB Wan Ubaidah dan Yb Dato' Anuar Tan telah memberi Angpaw kepada pengunjung kanak-kanak. Aktiviti ini mengeratkan lagi hubugan diantara Pimpinan dan rakyat tanpa mengira kaum.

Semoga kita semua dari warga Kijang bertambah mesra dan bekerjasama dalam hidup bermasyarakat dengan pelbagai bangsa dan agama.

25 Januari, 2009

Masalah Air Di Pantai Mek Mas Selesai




Masalah Air Di Pantai Mek Mas Selesai


Alhamdulillah berkat kesabaran penduduk Pantai Mek Mas di dun Kijang dan komitmen ADUN Kijang berusaha untuk mendapatkan bekalan air bersih telah tertunai. Kira-kira 7000 penduduk sekitar mendapat bekalan air bersih setelah beberapa tahun menghadapi masalah tekanan air yang tidak menentu pada siang hari.
Semoga kita dapat memanfaatkan segala kemudahan yang diberikan dengan sebaiknya.Bersama kita tolong-menolong membantu menyelesaikan masalah rakyat kawasan kita.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...