Alhamdulillah. Kita masih lagi berada dalam bulan syawal yang mulia ini. Sebulan kita berpuasa menahan lapar dan dahaga, nafsu dan perkara-perkara yang membatalkan puasa.. Sepanjang sebulan, kita mampu menahan semua ni dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat seperti solat terawikh, membaca al-quran, bersedekah, menghadiri kuliah-kuliah agama dan sebagainya.
Sebaik sahaja bulan ramadhan berakhir, kebanyakan antara kita ni kembali kepada tabiat lama.. Tabiat yang membawa kita kepada kemungkaran Allah. Contoh yang paling dekat, dalam bulan Ramadhan, semua perokok mampu menahan diri dari menghisap rokok pada siangnya namun sebaik sahaja azan maghrib kedengaran, benda pertama yang dijamahnya adalah rokok. Mengapa semua ini terjadi? Ini kerana mereka tidak bersungguh
Samalah jugak dengan amalan-amalan baik sepanjang bulan Ramadhan ni seharusnya diteruskan untuk bulan-bulan seterusnya. Ia bukannya tertumpu di bulan puasa semata-mata. Betul tak??
Kita tak tau sama ada amalan kita selama ni diterima Allah ataupun tidak.. Sebab tu kita kena sentiasa menampung amalan kita. InsyaAllah.. asalkan kita ikhlas kerana Allah, Allah akan sentiasa membantu hambanya yang beriman dan bertakwa.
Sentiasa cerahkan hati kita dengan berzikir. Jangan jadi sombong dengan Allah.. Jangan kita lupakan segala amalan baik kita di bulan Ramadhan sebaik sahaja bulan itu pergi meninggalkan kita. Kita belum tahu sama ada ramadhan akan datang akan sempat kita bertemu lagi ataupun tidak. Mohonlah kepada Allah agar umur kita dipanjangkan dan dapat terus beribadat kepada Allah..