Memaparkan catatan dengan label Aktiviti YB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti YB. Papar semua catatan

27 Oktober, 2011

Penyerahan Cek Kronik Kepada Penerima

25 Okt 2011 : YB Kak Ubai bersama-sama dengan kakitangan MTD turun bersama-sama ke beberapa buah  kampung untuk aktiviti ziarah sambil menyampaikan cek kepada pesakit kronik. Kedatangan YB Kak Ubai ini disambut dengan gembira oleh penduduk di situ. 

Kebetulan juga pada hari tersebut, berlaku satu kematian di Kampung Pulau Kundor iaitu Che Mahmod. Arwah juga merupakan ahli sistem takaful kifaalah. Kedatangan Kak Ubai ini untuk memberi sedikit sumbangan yang diharapkan dapat mengurangkan sedikit bebanan keluarga si mati untuk urusan pengebumian .

 YB Kak Ubai menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga si mati.

YB Kak Ubai menyampaikan cek pesakit kronik kepada Che Mohamad di Pulau Kundor. 

YB kak Ubai menyampaikan sedikit sumbangan kepada isteri si mati di Kampung Kedai Buloh yang meninggal akibat sakit tua.. Arwah juga merupakan ahli kifaalah.

 

Isteri Wan Mohd Rahim menerima cek pesakit kronik bagi pihak suaminya daripada YB Kak Ubai..  

Mek Nab Bt Dollah menerima cek pesakit kronik bagi pihak suaminya yang sekarang ni sedang sakit terlantar, Kampung Kedai Buloh.

YB kak Ubai menyerahkan cek pesakit kronik kepada Junoh Bt Jusoh yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi, kampung Kedai Buloh. 

Di samping tu juga, YB Kak Ubai sempat menziarahi bayi yang menghidap penyakit jantung berlubang. Kampung Kedai Buloh. 

Sebelum balik, YB Kak Ubai juga sempat singgah ke beberapa buah rumah untuk bertanyakan khabar penduduk. Sikap beliau yang peramah itu amat desenangi oleh penduduk. 

Semoga dengan bantuan yang diberikan ini dapat membantu mengurangkan bebanan keluarga yang menderita akibat sakit kronik mahupun yang meninggal. InsyaAllah.. 

25 Oktober, 2011

Kebakaran di Kampung China,Kota Bharu.

20 Oktober 2011, Khamis  : Telah berlaku kebakaran di Kampung China, Kota Bharu. Kebakaran yang melibatkan sebuah rumah dan dua buah kedai. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 2.15 petang. Baca selanjutnya di SINI.



YB Kak Ubai turut menziarahi mangsa kebakaran pada hari kejadian. Kedatangan Kak Ubai ini menunjukkan beliau prihatin dengan keadaan semasa yang berlaku di kawasan beliau. Sedikit sumbangan dihulurkan kepada keluarga mangsa kebakaran, walaupun tidak mungkin sumbangan tersebut menghilangkan perasaan trauma, namun pastinya sumbangan ini dapat mengurangkan sedikit bebanan keluarga. 




YB Hj Anuar Tan juga turut bersama menziarahi tempat kejadian. 


YB Kak Ubai dengan YB Hj Anuar Tan bersama dengan mangsa kebakaran.

05 Oktober, 2011

Majlis Solat Hajat dan Ceramah Keibu bapaan

Selasa, 4 Oktober 2011 : Satu majlis solat hajat dan majlis ilmu telah diadakan di Masjid Kedai Buloh dengan jemputan khas  YB Senator Mumtaz Nawi selaku penceramah. Seramai lebih kurang 100 muslimat hadir untuk sama-sama memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi sambil mendengar kuliah daripada YB Mumtaz. Solat hajat ini bertujuan untuk anak-anak yang menduduki peperiksaan PMR sekarang ni.

Antara isi ceramah beliau adalah mengenai kisah wanita-wanita hebat pada zaman dahulu seperti Ibu kepada Nabi Musa a.s, Kakak kepada Nabi Musa a.s,  dan Isteri kepada Firaun. Kehebatan mereka ini sering di sebut-sebut sehingga ke hari ini. Sifat-sifat mereka yang bijak itu harus di contohi oleh semua wanita pada zaman sekarang. 

 Antara hadirin yang turut hadir dalam majlis ini.

Ceramah daripada YB Senator Mumtaz yang penuh bersemangat.

YB Kak Ubai juga turut hadir pada majlis ini. 

YB Senator Mumtaz bersalaman dengan hadirin. 


12 September, 2011

Ziarah Kematian Di Kawasan Kijang

Hari ini, 12 September 2011, YB Kak Ubaidah telah menziarahi 5 kematian sebagai keprihatinan beliau selaku YB ADUN Kijang. Kunjungan beliau ke rumah keluarga si mati untuk memberi sedikit sumbangan untuk urusan pengebumian jenazah.. Antara tempat kematian yang dilawat tadi adalah 2 di PCB, 2 di Kedai Buloh dan 1 di Kuala Besar.


Kunjungan beliau ini disambut baik oleh keluarga si mati. Mereka semua bersyukur dan gembira atas sumbangan YB itu malahan ada antara mereka yang merupakan ahli takaful kifaalah turut menerima sumbangan takaful kifaalah tersebut. 

Semakin hari, semakin ramai yang pergi meninggalkan kita. Jiran-jiran kita, sahabat-sahabat kita, malahan ada dalam kalangan ahli keluarga kita sendiri. Mereka semua dah selesai.. Dah kembali kepada yang Maha Pencipta. Tak lama lagi, akan tiba giliran kita pula untuk bertemu dengan Tuan kita. Apakah kita telah bersedia? Namun, kita kena ingat. Bersedia atau tidak kita, saat malaikat maut datang, takde lagi masa untuk tangguhkan tugas malaikat maut untuk mencabut nyawa kita walaupun hanya sesaat.

Sementara kita masih membuka mata di dunia ni, sama-samalah kita menambahkan amalan-amalan kita untuk bekalan kita di kemudian hari. Harta di dunia tidak akan kekal selamanya.. Ilmu agama yang akan bawa bekalan kepada kita di akhirat kelak. .Renung-renungkan.. dan selamat beramal...


Salam takziah buat keluarga si mati daripada YB Kak Ubaidah.. Al-fatihah..

06 September, 2011

Sambutan Hari Raya MTD KIjang dan Sumbangan kepada pelajar IPTA/IPTS.

Khamis, 1 September 2011 bersamaan 3 Syawal  1432H, satu sambutan hari raya aidlifitri MTD Kijang telah diadakan di Ombak Village, Kampung Banggol. Majlis ini juga turut disertakan dengan majlis penyampaian sumbangan kepada para pelajar yang berjaya menyambungkan pelajaran ke IPTA/IPTS oleh YB Hjh. Wan Ubaidah Omar pada sebelah pagi.

Seramai 91 orang pelajar telah menerima sumbangan ini. Sumbangan ini adalah bagi menunjukkan keprihatinan dan penghargaan dari pihak YB atas kejayaan mereka. Sumbangan ini disampaikan sendiri oleh YB Kak Ubaidah.

Kemudian, majlis diteruskan dengan sambutan hari raya. Ramai pengunjung yang hadir untuk memeriahkan majlis ini yang mana kebanyakannya adalah anak-anak kelantan di perantauan yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari raya.

Pelbagai menu dan sajian dihidangkan di majlis ini seperti nasi dagang, roti jala, spagethi, nasi gulai kawah, mihun goreng, burger, dan sebagainya. Sudah semestinya yang paling menyeronokkan bagi kanak-kanak yang hadir adalah hidangan pencuci mulut ais krim. 

Tak lupa juga, YB Kak Ubaidah turut memberi duit raya kepada kanak-kanak yang hadir bersama ibu bapa mereka. Kelihatan wajah-wajah ceria mereka apabila memperoleh duit raya.
YB menyampaikan sumbangan kepada pelajar IPTA/IPTS

 YB memberi duit raya kepada kanak-kanak.


 YB Kak Ubaidah melayan tetamu yang hadir.

 pengunjung berbangsa cina juga turut hadir memeriahkan majlis.

Wajah ceria YB Kak Ubaidah.

Suasana sepanjang majlis ini berlangsung cukup meriah dengan kehadiran pengunjung tak kita usia. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan sambutan hari raya pada kali ni dan diharapkan, kita akan bertemu lagi pada sambutan yang akan datang jika dipanjangkan usia oleh Allah swt. InsyaAllah.

05 September, 2011

Majlis Sumbangan Kepada Armalah dan Anak Yatim DUN Kijang

Selasa, 23 Ogos 2011, satu majlis sumbangan kepada Armalah dan Anak Yatim DUN Kijang telah diadakan di Kem Kijang. Seramai 613 orang penerima sumbangan hadir di majlis ini manakala 26 orang tidak hadirkan diri. Majlis ini juga turut dihadiri oleh ADUN Kijang YB Kak Ubaidah. 

Sumbangan yang berupa wang dan barang keperluan bagi meringankan sedikit beban mereka bagi persediaan hari raya disampaikan sendiri oleh YB Kak Ubaidah.

Semua penerima sumbangan ini merasa gembira dan bersyukur di atas keprihatinan kerana dengan sumbangan ini dapat membantu para armalah dan anak yatim menyambut hari raya aidilfitri seperti orang lain.

Antara ratusan penerima yang hadir di majlis ini mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran.  

YB Kak Ubaidah berucap di majlis tersebut.

 YB Hjh Wan Ubaidah Omar menyampaikan sumbangan kepada armalah..

Antara bungkusan barangan keperluan yang disumbangkan


Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan jayanya.. 

26 September, 2009

Meriahnya Aidilfitri.....MTD Kijang bersama Kak Ubai

MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI MTD KIJANG
6 SYAWAL 1430/9 SEPT 209
PEJABAT MTD KIJANG







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...