19 Oktober, 2008

SAMBUTAN RAYA DUN KIJANG MERIAH










Pada 10hb Oktober yang lepas, telah berlangung majlis sambutan Hari Raya bagi masyarakat DUn KIjang. Majlis tersebut diraikan oleh ADUN Kijang, Yb Wan Ubaidah Bt Omar dan diserikan lagi dengan kedatangan YB Dato' Abd Halim iaitu ADR Parlimaen Pengkalan Chepa.


Sambutan majlis ini di kunjungi oleh hampir 3ribu orang termasuk golongan Tiong Hua dan Kanak-kanak. Pada majlis ini juga, kanak-kanak di bawah umur 12 tahun telah mendapat sumbagan duit raya daripada YB. Majlis ini juga dimeriahkan lagi dengan persembahan nasyid daripada adik-adik Sek Arab Istiqomah,badang. Semoga majlis ini dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama kita dan dapat diteruskan pada masa akan datang.

07 Oktober, 2008

Wakil Rakyat Prihatin












Assalamulaikum...



Sekitar Ramadhan al-mubarak yang lalu, YB Wan Ubaidah telah mengambil inisiatif untuk menziarah rakyatnya yang terdiri daripada golongan miskin, warga Emas dan Golongan kurang upaya(OKU). YB dengan kerjasama ketua muslimat cawangan telah memilih 7 orang daripada setiap cawangan. Sehingga kini 10 daripada 23 cawangan telah selesai. Aktiviti ziarah ini akan berterusan sehingga selesai 23 cawangan. Sedikit sumbangan telah disediakan untuk perbelanjaan mereka. YB berharap dengan lawatan dan ziarah ini dapat mengeratkan hubungan sesama mereka dan dapat menyelami kehidupan mereka dengan lebih dekat. Inisiatif ini benar-benar menunjukkan YB "cakna rakyat" dan prihatin dengan keadaan rakyatnay sesuai dengan kelantan sebagai sebuah negeri berkebajikan.

Sambutan Hari Raya Dun


Assalamualaikum...

Kepada semua Warga Dun Kijang, semoga dalam rahmat Allah sentiasa..

Semalam, pada jam 9.30 malam, bertempat di Pejabat Dun Kijang, YB Wan Ubaidah dan jemaah
penghulu serta jentera MTD telah berkumpul untuk menetapkan Sambutan Hari Raya Dun.

Sambutan Hari Raya Dun telah ditetapkan pada:

Tarikh:
10 Syawal 1429
Hari: Jumaat
Masa: B
ermula pukul 3 petang
Tempat:
Pejabat Dun Kijang (Bangunan PASTI Kedai Buloh)

Oleh itu kami ingin menjemput semua untuk menjayakan bersama program ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...