20 September, 2011

Hantu Bonceng hina Rasulullah s.a.w

Assalamualaikum.. Ceriakan hari kita dengan senyuman.. Moga hari ini lebih baik dari semalam.. 

Terkini, gempar mengenai filem "Hantu Bonceng" arahan Ahmad Idham yang dikatakan telah menghina Rasulullah s.a.w dalam babak yang dilakonkan oleh pelawak terkenal Zizan. Adegan yang dimaksudkan adalah seperti dalam video yang diambil dari youtube di bawah..


Dialog yang berbunyi "asyhadu anna Muhammadar syaitan" (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan). Walaupun ianya sekadar lakonan, tapi ia boleh menggugurkan shahadahnya. (Ustaz Nasrudin Hasan,Ketua Pemuda Pas). 

Persoalannya sekarang, macam mana filem ini ditapis sekiranya babak ini ditayangkan.. Babak yang menghina agama... Benda ni bukan boleh buat main-main.. Hilang akidah nanti.. Jangan terlalu asyik mengejar keuntungan dunia hingga kita menggadaikan agama kita.. Memang tak dinafikan, banyak sangat cerita hantu dan tahyul yang di tayangkan sekarang ni. Macam dah takde cerita lain yang nak buat.

Kadang-kadang, anak-anak kecil tanya soalan macam-macam yang berkaitan dengan benda tahyul ni sume.. Sebab tu, kita kena pantau anak-anak kecil agar mereka tak disuap dengan benda-benda yang sebegini rupa. Media merupakan salah satu medium yang paling cepat  budak-budak belajar. Jadi, sepatutnya media dan industri filem ini lebih peka untuk menghasilkan filem yang berunsurkan islamik agar boleh membentuk akhlak seseorang individu.. Betul tak? 

18 September, 2011

5 Senjata Yahudi untuk Menjatuhkan Umat Islam


Pernah dengar mengenai 5S?? 5S merupakan salah satu senjata Yahudi untuk menjatuhkan umat islam.. Tapi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan 5S tu? Senjata apa yang dimaksudkan sebenarnya.. Kalau pada zaman Rasulullah saw dulu boleh la kita cakap yang peperangan berlaku dengan menggunakan pedang, panah dan sebagainya. Tapi sekarang, mereka menggunakan cara yang lebih halus untuk menjatuhkan umat islam iaitu dengan menggunakan 5s itu..

1. Sports
Kita tengok la sekarang. Sukan menjadi perkara penting dalam membangunkan nama negara. Bola sepak contohnya. Boleh dikatakan hampir keseluruhan rakyat meminati sukan bola sepak tak kira lelaki mahupun wanita, tua mahupun muda.. Semuanya meminati bola sepak sehingga sanggup memenuhi stadium semata-mata untuk menyaksikan perlawanan bola sepak. Yang paling menyedihkan, bila ada dalam kalangan mereka yang meninggalkan solat. Inilah  salah satu senjata yang Yahudi gunakan iaitu membiarkan umat Islam meninggalkan solat yang merupakan tiang kepada agama kita, agama Islam.

2. Song
Makin hari, dunia makin penuh dengan hiburan. Banyak hiburan yang melalaikan. Konsert sana sini. Kita negara Islam tetapi melahirkan golongan belia yang tak mengenal Allah. Mereka lebih suka menjadikan artis sebagai idola Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian, lahirnya pula generasi yang tidak mempedulikan Islam di sisi mereka. 

3. Sex
Kita tengok sahaja negara sekarang. Hampir setiap hari kita dengar ada kes pembuangan bayi. Mengandung luar nikah dan seterusnya anak-anak yang tak berdosa itu yang menjadi mangsa ibu bapa yang tak mengenal dosa dan pahala. Islam sendiri menyarankan umatnya menutup pintu zina dengan tidak melakukan pergaulan bebas. Tapi lihatlah sekarang, masalah sosial semakin menjadi-jadi. 

4. Smoke
Bila ditanya kepada lelaki, kenapa mereka merokok.. Jawapan mereka merokok ni nampak macho. Walaupun dah keluar amaran dari pihak kesihatan yang menyatakan merokok membahayakan kesihatan, tapi masih ramai lagi yang pilih untuk merokok. Kerajaan tak dapat menghentikan pengeluaran rokok sebab negara menambah keuntungan dengan rokok. 

5. Sugar
Sebut saja KFC, McD, Pizza Hut.. Semua orang tau. Generasi sekarang lebih suka menikmati hidangan ini berbanding nasi lemak. Tak cukup dengan tu, dadah dan arak sekarang makin menjadi-jadi. Budak-budak sekolah pun dah mula terlibat dengan najis dadah ni. 

Cuba kita perhatikan sekarang ni. 5S yang digunakan oleh pihak yahudi ni hampir berjaya untuk menjatuhkan umat Islam. Generasi kini hampir melupakan Islam. Malahan ada yang hanya Islam pada nama tetapi setiap tingkah lakunya bertentangan dengan Islam. Kemana hala tuju kita? Adakah kita pilih untuk diperangi oleh mereka? Atau memilih untuk menentang mereka. Persiapkan diri kita dengan ilmu agama agar kita pertahankan diri kita dari dijatuhkan oleh mereka. 


15 September, 2011

Menanti Di Barzakh..

Jom layan lagu ni dulu.. Yang penting.. Hayati liriknya.. Bukan dengar sambil menutup pintu hati. Menanti di Barzakh.. Kita semua pun akan melaluinya.. Takde sorang pun yang akan terlepas..  Jadi, hayatilah betul-betul liriknya.. 




Penampilan mencerminkan Keperibadian

Pelik tengok anak-anak muda sekarang. Terlalu mengikut arus kemodenan sampai tak tau mana yang halal, mana yang haram. Bila orang pakai tudung, kita pun turut nak pakai. Ikut trend la katakan. Tapi, bila pakai.. Sama je macam tak pakai.. Kenapa saya cakap macam tu.. tengok je gambar kat bawah ni..

gambar sini.
Kadang-kadang bila tengok diorang naik motorsikal tu, sibuk nak tarik-tarik baju adik dia punya konon tak nak kasi nampak belakang. Dah kalau nak sangat pakai camtu, kenapa nak tutup lak kan.. Biar jelah terdedah sana sini..

Malu.. Habis tu.. Yang duk tayang segala macam bentuk kat orang ramai tu apehal... Tambah-tambah lagi lelaki.. Memang raya sakan la kan.. Diorang cakap. "Dah rezeki depan mata, takkan nak tolak.".. Memang la sekali pandang tu rezki, tapi kalau dah berkali-kali tengok tu, tu bukan rezeki namanya.. 

Pakailah betol-betol tudung tu, pakaian tu kalau boleh biarlah menutup aurat. Janganlah sampai terdedah sana.. Terdedah sini. Nak tunggu bila baru nak berubah. Nak tunggu beuban dan kulit pun berkedut dulu, Tu pun kalau sempat la. Buatnya tengah kita bawak motorsikal dengan pakaian yang macam ni, tiba-tiba pulak eksiden, haaa.. macam mana. Renung-renungkan..

Penampilan kita mencerminkan sahsiah kita... Orang pakai tudung tak semestinya baik. Tapi satu benda yang kita kena ingat. Orang yang baik semestinya pakai tudung. 

14 September, 2011

Cukai perkhidmatan prabayar sebanyak 6%


Rata-rata antara kita sekarang sudah mengetahui mengenai isu caj perkhidmatan yang dikenakan sebanyak 6% kepada pengguna perkhidmatan mudah alih prabayar.. Persoalannya, kenapa perlu adanya cukai perkhidmatan ni? Apa benar kerajaan dah kekurangan duit hingga mahu ambil duit rakyat dengan kenakan cukai?Mengulas isu ini, 

"Kementerian memberi jaminan bahawa tiada kenaikan akan berlaku pada masa terdekat ini, dan sebarang kenaikan hanya boleh dilakukan selepas mendapat persetujuan dari kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia,"- malaysiakini.

Mungkin tiada kenaikan akan berlaku pada masa terdekat ni, tapi lambat laun akan berlaku juga. Sama jugak dengan kes astro baru-baru ni. Lama-lama nanti akan naik jugak. Tak rasa ke semua ni membebankan kita semua? 

Mungkin sesetangah orang merasakan yang cukai 6% ni tidak membebankan, apehal sangatlah dengan 60 sen tu kan. Tapi bagi kami golongan yang tak mampu ni, 60 sen tu cukup berharga. Bayangkan kalau sekali topup kena tambah lagi 60 sen. Dan kalau sepuluh kali topup, tak ke dah jadi 6 ringgit. Dengan 6 ringgit, banyak benda dah boleh beli kan. Betul tak?

Memang la nanti akan ada orang cakap, "Elehh.. Naik banyak mana pun, korang beli jugak".. Memang la.. Sebabnya dah takde pilihan lain. Lainlah kalau kita ni ada hak nak hentikan semua ni kan.. Orang banyak duit boleh la cakap tak kesah. Tapi cubalah pikir kami yang tak berduit ni tapi perlu gunakan perkhidmatan ni. Tapi tak perlulah nak kenakan caj perkhidmatan ni. Kalau sekali topup kena bayar RM10.60, tu tak termasuk lagi ada kedai-kedai yang nak kena caj lebih, silap hari bulan, kena bayar RM11 untuk nilai topup RM10. Tak berbaloi..

Dengan harga barang yang makin hari makin tinggi, bukan ke semua tambah beban di bahu rakyat. Mana perginya kata-kata "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan"? Macam tak bertepatan pulak bila ada cukai 6% ni. Yer dak?? 


Kemana jalan kita lepas ni.. Tepuk dada, tanya hati... Betulkah perjuangan kita selama ni... Renung-renungkan..



12 September, 2011

Ziarah Kematian Di Kawasan Kijang

Hari ini, 12 September 2011, YB Kak Ubaidah telah menziarahi 5 kematian sebagai keprihatinan beliau selaku YB ADUN Kijang. Kunjungan beliau ke rumah keluarga si mati untuk memberi sedikit sumbangan untuk urusan pengebumian jenazah.. Antara tempat kematian yang dilawat tadi adalah 2 di PCB, 2 di Kedai Buloh dan 1 di Kuala Besar.


Kunjungan beliau ini disambut baik oleh keluarga si mati. Mereka semua bersyukur dan gembira atas sumbangan YB itu malahan ada antara mereka yang merupakan ahli takaful kifaalah turut menerima sumbangan takaful kifaalah tersebut. 

Semakin hari, semakin ramai yang pergi meninggalkan kita. Jiran-jiran kita, sahabat-sahabat kita, malahan ada dalam kalangan ahli keluarga kita sendiri. Mereka semua dah selesai.. Dah kembali kepada yang Maha Pencipta. Tak lama lagi, akan tiba giliran kita pula untuk bertemu dengan Tuan kita. Apakah kita telah bersedia? Namun, kita kena ingat. Bersedia atau tidak kita, saat malaikat maut datang, takde lagi masa untuk tangguhkan tugas malaikat maut untuk mencabut nyawa kita walaupun hanya sesaat.

Sementara kita masih membuka mata di dunia ni, sama-samalah kita menambahkan amalan-amalan kita untuk bekalan kita di kemudian hari. Harta di dunia tidak akan kekal selamanya.. Ilmu agama yang akan bawa bekalan kepada kita di akhirat kelak. .Renung-renungkan.. dan selamat beramal...


Salam takziah buat keluarga si mati daripada YB Kak Ubaidah.. Al-fatihah..

07 September, 2011

Amalan-amalan mulia perlu diteruskan..

Alhamdulillah. Kita masih lagi berada dalam bulan syawal yang mulia ini. Sebulan kita berpuasa menahan lapar dan dahaga, nafsu dan perkara-perkara yang membatalkan puasa.. Sepanjang sebulan, kita mampu menahan semua ni dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat seperti solat terawikh, membaca al-quran, bersedekah, menghadiri kuliah-kuliah agama dan sebagainya.

Sebaik sahaja bulan ramadhan berakhir, kebanyakan antara kita ni kembali kepada tabiat lama.. Tabiat yang membawa kita kepada kemungkaran Allah. Contoh yang paling dekat, dalam bulan Ramadhan, semua perokok mampu menahan diri dari menghisap rokok pada siangnya namun sebaik sahaja azan maghrib kedengaran, benda pertama yang dijamahnya adalah rokok. Mengapa semua ini terjadi? Ini kerana mereka tidak bersungguh 

Samalah jugak dengan amalan-amalan baik sepanjang bulan Ramadhan ni seharusnya diteruskan untuk bulan-bulan seterusnya. Ia bukannya tertumpu di bulan puasa semata-mata. Betul tak?? 

Kita tak tau sama ada amalan kita selama ni diterima Allah ataupun tidak.. Sebab tu kita kena sentiasa menampung amalan kita. InsyaAllah.. asalkan kita ikhlas kerana Allah, Allah akan sentiasa membantu hambanya yang beriman dan bertakwa.



Sentiasa cerahkan hati kita dengan berzikir. Jangan jadi sombong dengan Allah.. Jangan kita lupakan segala amalan baik kita di bulan Ramadhan sebaik sahaja bulan itu pergi meninggalkan kita. Kita belum tahu sama ada  ramadhan akan datang akan sempat kita bertemu lagi ataupun tidak. Mohonlah kepada Allah agar umur kita dipanjangkan dan dapat terus beribadat kepada Allah..

06 September, 2011

Sambutan Hari Raya MTD KIjang dan Sumbangan kepada pelajar IPTA/IPTS.

Khamis, 1 September 2011 bersamaan 3 Syawal  1432H, satu sambutan hari raya aidlifitri MTD Kijang telah diadakan di Ombak Village, Kampung Banggol. Majlis ini juga turut disertakan dengan majlis penyampaian sumbangan kepada para pelajar yang berjaya menyambungkan pelajaran ke IPTA/IPTS oleh YB Hjh. Wan Ubaidah Omar pada sebelah pagi.

Seramai 91 orang pelajar telah menerima sumbangan ini. Sumbangan ini adalah bagi menunjukkan keprihatinan dan penghargaan dari pihak YB atas kejayaan mereka. Sumbangan ini disampaikan sendiri oleh YB Kak Ubaidah.

Kemudian, majlis diteruskan dengan sambutan hari raya. Ramai pengunjung yang hadir untuk memeriahkan majlis ini yang mana kebanyakannya adalah anak-anak kelantan di perantauan yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari raya.

Pelbagai menu dan sajian dihidangkan di majlis ini seperti nasi dagang, roti jala, spagethi, nasi gulai kawah, mihun goreng, burger, dan sebagainya. Sudah semestinya yang paling menyeronokkan bagi kanak-kanak yang hadir adalah hidangan pencuci mulut ais krim. 

Tak lupa juga, YB Kak Ubaidah turut memberi duit raya kepada kanak-kanak yang hadir bersama ibu bapa mereka. Kelihatan wajah-wajah ceria mereka apabila memperoleh duit raya.
YB menyampaikan sumbangan kepada pelajar IPTA/IPTS

 YB memberi duit raya kepada kanak-kanak.


 YB Kak Ubaidah melayan tetamu yang hadir.

 pengunjung berbangsa cina juga turut hadir memeriahkan majlis.

Wajah ceria YB Kak Ubaidah.

Suasana sepanjang majlis ini berlangsung cukup meriah dengan kehadiran pengunjung tak kita usia. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan sambutan hari raya pada kali ni dan diharapkan, kita akan bertemu lagi pada sambutan yang akan datang jika dipanjangkan usia oleh Allah swt. InsyaAllah.

05 September, 2011

Majlis Sumbangan Kepada Armalah dan Anak Yatim DUN Kijang

Selasa, 23 Ogos 2011, satu majlis sumbangan kepada Armalah dan Anak Yatim DUN Kijang telah diadakan di Kem Kijang. Seramai 613 orang penerima sumbangan hadir di majlis ini manakala 26 orang tidak hadirkan diri. Majlis ini juga turut dihadiri oleh ADUN Kijang YB Kak Ubaidah. 

Sumbangan yang berupa wang dan barang keperluan bagi meringankan sedikit beban mereka bagi persediaan hari raya disampaikan sendiri oleh YB Kak Ubaidah.

Semua penerima sumbangan ini merasa gembira dan bersyukur di atas keprihatinan kerana dengan sumbangan ini dapat membantu para armalah dan anak yatim menyambut hari raya aidilfitri seperti orang lain.

Antara ratusan penerima yang hadir di majlis ini mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran.  

YB Kak Ubaidah berucap di majlis tersebut.

 YB Hjh Wan Ubaidah Omar menyampaikan sumbangan kepada armalah..

Antara bungkusan barangan keperluan yang disumbangkan


Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan jayanya.. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...