08 November, 2011

Mufti Terkejut PM, Rosmah selesai tunai ibadah Haji.



Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 nov. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar  di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan  13 Zulhijjah.


“Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.


Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."

Sumber : Malaysiakini.

Ehmmm.. Haji mabrur ke tak hanya Allah yang Maha Mengetahui.. Kita ni sama je di sisi Allah.. Hamba yang kerdil dan hina. Yang membezakan kita hanyalah iman dan takwa. Yang paling utama, kita sedar siapa diri kita. Tak guna pergi menunaikan haji hanya untuk menyombongkan diri dan takbur, semata-mata untuk mengaburi mata orang lain. Islam itu agama yang indah. Agama Allah swt..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...