30 November, 2009

Banjir oh Banjir...


Mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Penambang....





Assalamualaikum Waramatullah.

Semenjak dua menjak ini, telah berdesir khabar di bawa angin dari Laut China Selatan perihal wakil rakyat Dun Kijang tidak melawat atau menjenguk langsung kawasan yang dilanda banjir tahunan.

Komen-komen yang didapati di dalam laman sosial Facebook sebagai contoh, memaparkan komen seorang yang berada di Kuala Lumpur memarahi YB kita kerana tidak melawat neneknya di Kampung Pulau Panjang (kalau xsilap). Inilah mentaliti yang menyedihkan. Cuba bayangkan, rakyat Dun Kijang seramai lebih 50,000. Tok wakil pulak seorang. Wanita pulak tu.

Cuba tarik nafas dalam-dalam, dan fikirkan, sempatkah masa selama 20jam ditolak masa tidur untuk seorang manusia biasa bukan robot melawat kesemua 50,000 (atau lebih, angka diletak ikut sedap) mangsa banjir dalam semua mukim? Di sini, apa guna ketua cawangan dan apa guna Penghulu? Tambahan, YB kita bukan hanya menjadi wakil rakyat Kijang, beliau juga merupakan EXCO Wanita Keluarga dan Kesihatan yang menyebabkan tumpuan masa
tidak dapat diberikan sepenuhnya dibawah perhatian beliau.

Disini lah penghulu dan individu terlibat patut mengambil tanggungjawab, paling tidak, melaporkan apa-apa kejadian yang memerlukan perhatian segera YB. Jangan hanya hal melibatkan kematian saja cepat laporan dibuat kepada YB (cepat dapat duit Kifalah bagi warga emas). Saya boleh jamin, tok wakil kita ni bekerja ikhlas untuk rakyat kerana ALLAH. jika ada sedikit kekurangan dan kesilapan, kita jangan lupa bahawa YB kita juga manusia biasa, yang terkadang terlepas pandang beberapa hal dan perkara. Oleh itu, di sini menjadi tanggungjawab kita pula untuk memberitahu, melapor dan menegur yang mana patut demi kemajuan dan kemaslahatan rakyat DUN kijang jua.

P;s : t.kasih kepada commenter, 'anak kg' kerana teguran yang membina.









2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Waalaikumussalam..
saya sokong dengan pendapat penulis..
Syabas kepada YB kerna sanggup turun sendiri bermotor melawat ke kawasan banjir..
Saya kagum sebenarnya dengan kekentalan semangat YB Kijang ni..byk doh usaha dio untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat dun kijang nie..
I.allah kami akan terus memberi sokongan..

ore kelate berkata...

jage gi tegok sajo.bawa bayok sikit bantuan.sian dio dohlah susoh,lapar pulo.kito key tok wakil.jage biar ore kito susoh.namo kito keyen,dio lapar.sian dio.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...