“..apa saja yang kamu infakkan pada jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup dan kamu tidak akan dizalimi(dirugikan)” 8:60.
“Ketahuilah,sesunggu hnya infaq itu satu jalan bagi mereka untuk mendekatkan diri kepada Allah” 9:99.
sumber gambar:The Rise Of Islam
Salam..
berminat untuk berkorban sambil menderma kepada warga miskin, ibu tunggal dan anak yatim?
kami Persatuan Wanita dan Armalah Kijang Emas menawarkan program korban yang akan dilaksanakanpada Aidil Adha nantiHarga 1 bahagian : RM 300 sahaja
Untuk keterangan lanjut/sebarang pertanyaan sila hubungi :
019-5233408, 013-9095980
013-9284133( syiedah)
3 ulasan:
Assalamualaikum
selamat menyambut raya korban dan selamat berkorban kepada yang mampu
Tajuk MARI BERKORBAN begitu besar makna dalam kehidupan terutama bagi yang kais pagi makan pagi lebih-lebih lagi di mmusim tengkujuh. Satu soalan saja kepada YB apakah pengorbanan yang telah YB laksanakan jika rakyat menjadi korban mangsa banjir. Maksud saya bukan dari segi bantuan jangka pendek (makanan) tetapi dari segi bantuan untuk jangka panjang contohnya jika rumah rakyat telah roboh akibat hakisan tanah. Saya merayu kepada yang berhormat sila melawat kawasan jangan dok harapkan wakil yang YB lantik untuk menyampaikan kesusahan rakyat, kerana mereka belum tentu melihat kesusahan rakyat. Saya paling terkejut bila diberitahu tiada wakil dari YB DUN Kijang sampai ke kawasan yang dilanda tebing sungai runtuh dan telah merobohkan rumah. Jika dulu YB Dato' Husam Musa sering sampai kerumah rakyat seperti musim banjir tetapi sekarang saya mendapat pandangan dari rakyat tiada kunjungan dari YB hanya yang sampai wakil-wakil yang asyik dok pilih yang undi sapa dan yang ini sokong sapa? Diharap YB dapat melangkah lebih sedikit dari biasa, cuba tinjau tepi sungai di Keseng @ Teluk Chekering apa yang telah berlaku kepada rumah tepi sungai, jangan tunggu sehingga 2 @ 3 rumah yang akan runtuh baru nak bertindak .....
Kita Rakyat ingin membangun cara ISLAM, tetapi perlu diingat bahawa Kita juga negara demokrasi, rakyat memilih.............
Waa alaikum salam. Terima kasih, anak kg. Saya minta maaf sebab tidak ada orang berithu saya. Tak ada pun orang talipon saya nak ajak saya melawat ke tempat banjir kecuali Bunga Mas . Memang saya mengharap-kan wakil beritahu- sama ada wakil itu penghulu atau ketua cawangan. Terima kasih kpd sdr yang memberi tahu. Insya Allah saya akan melawat
YB K ubai.
Terima kasih YB kak Ubai,
tujuan saya menulis dan meluahkan pendapat adalah untuk kebaikan semua pihak tidak kira rakyat PAS @ UMNO. saya bimbang rakyat akan hilang hormat pada wakil rakyat jika masalah mereka diatasi.
macam luahan saya mengenai tebing sungai yang runtuh, kenapa tiada perancangan dari awal untuk mengatasi masalah tersebut. banjir melanda hanya semalam sahaja satu rumah telah menjadi korban.... jika banjir melanda dengan lebih teruk dan tempoh yang lama sebab kuasa ALLAH mengatasi semuanya. Berapa rumah lagi yang akan menjadi korban....
saya harap cubalah YB berjalan ketebing sungai dari kedai kopi seterusnya kebebrapa buah rumah, ada yang hanya jarak rumah dengan sunagi yang dok tengah runtuh lebih kurang 5 meter aje.... dan lihat lah apa yang akan berlaku kepada rumah rakyat..... jangan hanya pergi kerumah tok-tok wakil yang hanya dok bercakap keburukan orang lain tapi hal yang perlu diuruskan tidak diambil kesah....
pada saya ramai wakil yang dilantik hanya menyampai yang baik aje, jadi kesusahan rakyat masih ditakuk lama.... jika YB PAS sentiasa perihatin dengan rakyat di kawasan kijang, tempat ini akan tetap dengan PAS, jika tidak rakyat akan melakukan perubahan drastik kerana rakyat memilih.... dan telah ada suara sumbang yang mengatakan kalau kita dok macam ni apa faedahnya kita ada tok wakil....
untuk pengetahuan YB beberapa pihak UMNO & puteri telah beberapa kali melawat, tetapi yang saya sedih dan terkilan bila orang kampong dok cakap YB hanya hantar wakil sahaja, ini yang saya rasa terkilan kerana saya tahu YB akan sampai kepada rakyat bila-buila masa......
maaf jika bahasa saya agak kasar, rakyat akan terus membangun cara ISLAM jika wakilnya mengamalkan yang terbaik... insyaAllah.
Catat Ulasan