05 Mac, 2009

ISU PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH

Assalamualaikum...

Bagi menjawab isu Penggunaan nama Allah Disini saya ingin berkongsi apa yang dijelaskan Oleh Tn Hj Annual Bakri ...

Penggunaan Nama Allah OLeh orang Bukan Islam

Dalil yang menerangkan bahaaw orang -orang bukan islam (kafir) boleh menggunakan perkataan (Allah)

1) Surah Al mUkminun:85 " Mereka akan menjawab "kepunyaan Allah" "katakanlah ; Maka apakah kamu tidak bertaqwa?"

2) Surah Luqman:25 " Dan sesungguhnya kamu tanyakan kepada mereka: 'siapakah yang menciptakan langit dan bumi?' tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah: "segala puji bagi Allah'; tetepi kebanyakan mereka tidak mengetahui'.

3) Surah Azzukhruf: 87 " Dan sugguuh jika kamu bertabya kepada mereka; 'siapakah yang menjadikan mereka, nescaya mereka akan menjawab "Allah", maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan dari meyembah Allah?.

  • Sungguhpun terdapat bukti yang membolehkan peenggunaan perkataan Allah oleh semua golongan tetapi seperti jugalah dengan perkara-perkara lain, ia tidak boleh disalahgunakan. Perkataaan amal misalnya boleh digunakan untuk perkara maaruf tetapi ia juga boleh bertukar menjadi maksiat jika dalam majlis makan malam amal itu disertai perkara-perkara maksiat.
  • Apa yang penting disini, ialah tujuan penggunaan pihak-pihak bukan Islam khususnya pihak gereja Kristian. Jika mereka mahu menggunakan perkataan Allah sekalipun, mereka masih dibolehkan dengan syarat mereka mesti terlebih dahulu menyatakan kesediaan bertulis dalam bentuk deklarasi bahawa Allah yang dimaksudkan ialah Allah yang manjadi Tuhan kepada makhluk , seluruh kejadian langit dan bumi dalam kerangka pengertian Islam yang asli. Allah yang dirujuk itu adalah seperti yang tergambar dalam seluruh maksud ayat-ayat suci Al Quran secara khusus dan keseluruhan. Dari segi sifat Allah SWT itu, pihak gereja Kristian perlu menerima premis asas berpaksikan lafaz wahyu yang dirakamkan dalam Ayat 3 Surah Al-Ikhlas itu iaitu: " Lam Yalid Walam Yu Lad" ( Dia tidak beranak dan diperanakakan)
  • Pihak Gereja Kristian wajib menerima perkataan Allah dalam kerangka pengertian ini, dan mereka perlu catat pengakuan ini secara terbuka terlebih dahulu. Dari situ, baru kita boleh menerima penggunaan [perkataan Allah tanpa ragu dan syak.
  • Apa yang dikhuatiri ialah unsur pengeliruan yang cuba dilahirkan.

Wallahua'lam.....PEJABAT MENTERI BESAR KELANTAN...3.2.09

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau macam tu makna nya dia orang dah terima ALlah tauhid.

Masaalahnye, mereka nak guna ALlah dalam amalan Trinity.

Dengan nama ALlah, anak ALlah dan Ruhul Quddus (In the name of ALLah, the Son and Holy Ghost).

Guane? Buleh ko?


MRSM Kalae Chepo 66/73

Alan berkata...

Boleh tak kmu jangan kacau agama orang lain? pernahkah terlintas di dalam fikiran kmu,bagaimana perasaan kami bila dihina dipijak dikatakan kafir? kami tak berniat langsung untuk mencampuri atau mengacau agama kamu.kami dah menggunakan nama Allah sejak turun temurun.KENAPA KAMU MENINDAS AGAMA KAMI SEPERTI INI???
Rakan2 muslim di negara lain semuanya bertoleransi(contoh terdekat ialah Indonesia - Aktiviti gereja mendapat liputan Tv,umat Kristian dibenarkan mempunyai stesen radio sendiri )
Jauh berbeza dgn di negara ini..sedihnya..

Tanpa Nama berkata...

All glories to God
My humble request.

I just want give my opinion.

Sebenarnya ini bukan satu isu yang besar. Isu ini boleh dikomen dari segi meterial dan spiritual.

Kalau kita buat komen pasal isu ini dari segi meterial, kita akan berhujjah dengan penuh emosi. Pandangan kita lebih bertumpu untuk mendapat kemenangan atau menjuarai isu dalam isu ini. Setiap Muslim mempunyai hak untuk meneggakan kebenaran agamanya.Bagus, ini adalah sikap yang perlu di puji.
Dalam kehebatan untuk mengekalkan agama Allah, kita perlu lihat diri kita dahulu. Apakah kita benar-benar mengikuti ajaran agama Allah? Adakah kita meluangkan lebih banyak masa untuk mendekati Allah?
Berapa banyak masa yang digunakan untuk berzikir nama Allah. Adakah kita sentiasa mengingati Allah?. Jawapannya : TIDAK
1)Kita berjam-jam menonton drama bersiri di TV malah tak juga lepaskan peluang untuk menonton drama ini di waktu bekerja di pejabat.
2)Kita berjam-jam melayari internet .
3)Sanggup milihat perlawanan bola sepak secara langsung walaupun 2.00 pagi.

4)Berjam-jam bersembang kosong di kedai kopi.

5)Berjam-jam membaca akhbar tempatan yang membawa berita-berita propaganda politik.

Dan banyak lagiiiii............

Jadi, kita perlu nilai diri kita dahulu sebelun teringin menjadi Jago perang mulut.

Baik, sekarang marilah kita lihat isu penggunaan perkataan ALLah dari segi spiritul.

Nama Allah dan ALLah tidaklah berlainan.Ia mempunyai kuasa yang sama. Lebih lama kita berzikir nama Allah lebih cepat kita mendekatinya.

Di sini tidak ada sebab melarang orang bukan Islam menulis, menyebut,membaca, memikir atau mencetak nama Allah. Harus sedar bahawa ALLah adalah untuk manusia sejagat, secara langsung atau tak lansung. Melawan dengan syawat dan nafsu, lebih pahala daripada bergaduh dengan orang lain.

Sekian,,,

God is Great.
Humble

Tanpa Nama berkata...

kpd saudara Alan...
apakah bukti bahawa agama anda menggunakan kalimah Allah secara turun temurun??
adakah seluruh dunia kristian menggunakan kalimah Allah dalam agama mereka???
berbeza dgn agama islam...
walaupun mempunyai 4 mazhab dan fahaman yang agak banyak...
namun seluruh ulama...
dan seluruh dunia islam menerima perkataan ALLAH sebagai tuhan yang satu....
tidak seperti agama saudari...
yang amat2 memeningkan konsep ketuhanan nya yang sukar untuk difahami...
alangkah indahnya jika anda menerima ALLAH sbg tuhan yang esa yakni yang satu..
dan menerima jesus atau nabi isa sebagai kekasih ALLAH...
seterusnya mengiktiraf nabi MUHAMMAD SAW sbg penutup sgl nabi...
sedangkan kami org islam percaya kpd jesus iaitu isa sbg hamba ALLAH sepertimana yang tertakluk dlm surah maryam....
mengapa anda susah untuk menerima junjungan besar MUHAMMAD SAW sbg utusan ALLAH???
semoga anda terus berusaha mencari kebenaran...
terpulanglah kpd anda...
semoga ALLAH mengurniakan anda hidayah dan kasih sayangnya dalam mencari agama yang suci...
maafkan saya saudara alan..
may ALLAH give you hidayah....amin yarabbalalamin...

Tanpa Nama berkata...

Salam,

It is saddening to hear wrong interpretation on Christianity. As a Priest who served in the Church for 10 years we never encountered such anomixity from my beloved friend in Malaysia. For your kind consideration, Christianity is religion that believe in One omnipotent God who manifest in diffent way! Trinity is the way we express our faith not meant by worshipping 3 Gods! Please be careful in interpreting religion.

Tanpa Nama berkata...

Kepada, Tanpa Nama

Bagi saya kalau awak nak kan bukti awak dalami al-kitab mereka. Sekiranya Sedara percaya & berpegang kua dengan Agama Islam maka x ada masalah bagi saudara utk menerima mana2 agama menggunakan perkataan Allah, asalkan mereka x menghina pekataan Allah.

Saya berasal dari keluarga campur dari segi agama & bangsa. Saya memahami yg umat Kristian percaya tuhan mereka itu juga Allah dan Jesus sebagai Pemimpin Manusia sebagaimana kita percaya yg Nabi Muhammad itu sebagai Pemimpin Manusia.

Tanpa Nama berkata...

kpd tanpa nama....
sya telah beberapa kali membaca alkitab...
versi indonesia..
namun sya terkesima apabila...
melihat secara life...
hujjah seorang muslim profesional..
sheikh ahmad deedat...
merungkai percanggahan2 ayat dlm bible...
akhirnya sya temui byk kelemahan dan pertentangan2 ayat dlm bible..
seandainya umat kristian tidak percaya...anda kajilah bible dan al-quran..bandingkan kedua2nya..kalau msih lg krg faham saksikan perdebatan scara ilmiah dan penuh harmoni dlm youtube antara islam dan kristian...sya mengalu2kan org bkn islam menggunakan kalimah ALLAH dgn cara yg betul...ap yg dimaksudkan dgn cara yg betul??yakni meletakkan ALLAH dgn tiada sekutu bgnya...ALLAH tuhan yang esa...tidak beranak dan tidak diperanakkan..bukankah konsep ketuhanan ALLAH tersebut sgt mudah difahami tanpa memikirkan 3 dlm 1..1 dlm 3...kami org2 islam bimbang krn kami khuatir apabila kalimah ALLAH digunakan secara salah..maka di masa2 yang akan datang kedai2 mkn bkn islam dgn sewenang-wenangnya menggantung kalimah ALLAH.bukan itu sahaja...malahan kalimah ALLAH akan diletakkan sama taraf dengan patung2 digereja dan ini tidak boleh diterima oleh kami..hujah kami mudah sahaja..perkataan ALLAH adalah milik mutlak org islam dari aspek penggunaannya namun tiada halangan org bukan islam utk menggunakannya DENGAN CARA YANG BETUL...saudara maaf sya utarakan soalan yang blum umat kristian jawab...ADAKAH SELURUH DUNIA KRISTIAN MENGIKTIRAF SECARA RASMI PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DALAM BIBLE SEPERTIMANA ULAMA ISLAM SELURUH DUNIA MENGIKTIRAF ALLAH SECARA RASMI SEBAGAI TUHAN YANG SATU...jadi..apakah motif sebenar umat kristian malaysia mahu menggunakan kalimah ALLAH secara rasmi dlm majalah??kalau saudara ingin menggunakannya secara tidak rasmi itu terpulang kpd saudara kerana kebanyakan org kristian di sabah dan sarawak telah lama menggunakan kalimah ALLAH ini..namun saudara perlu ingat bahawa umat islam tidak pernah menuntut utk menggunakan perkataan jesus dlm sebarang penerbitan melainkan kami menggunakan kalimah ISA selaku hamba ALLAH bukan anaknya...jadi sya berharap agar penganut kristian dpt menjawab hujah2 ini dgn profesional dan sila kemukakan fakta2 yang kukuh dan jitu dan anda boleh juga mencadang kepada sya perdebatan2 yang dimenangi atau dijuarai oleh paderi kristian kerana setahu sya paderi masuk islam biasa sya dgr namun ulama islam msk kristian tak pernah sya dgr..selagi lagi mohon maaf seandainya kata2 saya menyinggung perasaan penganut kristian...semoga kita terus berusaha mencari kebenaran...

Tanpa Nama berkata...

Seorang sahabat pengkaji secara ilmiah telah muncul dilaman Ipohmali dengan ulasan yang jelas dan menarik. Hamba salinkan sedikit dibawah ini. Tulisan penoh juga sedah dilinkkan melalui laman hamba sendiri.

"Sebenarnya, umat Kristian telah lama melepaskan hak untuk menggunakan perkataan Allah kerana pihak gereja sendiri telah menggugurkan perkataan tersebut dari sebarang urusan gereja dan upacara keagamaan.

Pada tahun 325 Masihi satu pengistiharan dalam Muktamar Nicea menyatakan bahawa Trinity adalah akidah utama orang Kristian yang terdiri daripada Bapa, Anak dan Roh Kudus. Ini diikuti oleh Muktamar Constantinople 1 pada tahun 381 Masihi yang mengukuhkan peristiharan terdahulu bahawa semua orang Kristian menggunakan istilah Bapa, Anak dan Roh Kudus.

Pada Muktamar Ephesus 1 pada tahun 431 Masihi, pihak gereja melarang orang2 Kristian menggunakan nama Tuhan yang terdapat dalam Kitab Injil untuk percakapan harian dan hanya menggunakan perkataan Bapa sahaja. Nama-nama Tuhan hanya boleh digunakan dalam upacara keagamaan oleh pihak gereja sahaja.

Ketika berlakunya perpecahan aliran dalam agama Kristian di Eropah, aliran Protestant telah muncul untuk keluar dari pengaruh kekuasaan Gereja Katolik yang berpusat di Rome. Akibat daripada perpecahan tersebut juga memberi kesan kepada kitab Bible.

Gereja Katolik menerbitkan Bible edisi Geneva pada tahun 1560 dan pihak Protestant menentang penerbitan Bible edisi in dan hasilnya pada tahun 1611 mereka menerbitkan Bible edisi King James. Pada tahun 1769, Bible edisi King James telah diterima pakai oleh dunia Kristian dan digunakan sehingga ke hari ini. Saya ingin menjelaskan disini sebelum tahun 1769, edisi King James mengandungi 4 perkataan kalimat ‘Alah’.

Kalimat ‘Alah’ ini telah dibuang dari edisi King James selepas tahun 1769. Edisi King James yang digunakan sekarang tidak mengandungi kalimat tersebut. Oleh itu. Saya berpendapat, agama Kristian sudah tidak mempunyai hak untuk menggunakan kalimat atau perkataan ‘Allah’ untuk apa tujuan sekalipun. Pihak penerbit Herald-The Catholic Weekly seharusnya mengkaji sejarah agama Kristian sendiri sebelum bercita-cita menggunakan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitannya.

Jika didalam kitab suci agama Kristian tidak ada perkataan ‘Allah’ bagi merujuk nama Tuhan, maka tidak wajar bagi pihak penerbit Herald-Catholic Weekly menggunakannya."

Malahannya 4 kali digunakan dalam bible sebelum 1769 itu pun sebutannya lain. Bukan "Allah" seperti digunakan oleh orang Islam.
Jadinya penggunaan kalimah ini sekarang sebenarnya mengelirukan umat Kristian sendiri selain mencurigakan umat Islam.

Hamba berpendapat perkara ini sengaja ditimbulkan oleh pihak pihak yang ingin menghancurkan kedua2 ugama Keristian dan juga Islam disamping menimbulkan ketegangan antara kaum di Malaysia.
January 5, 2010 7:43 AM

Tanpa Nama berkata...

Abdullah .. ini nama ayah Rasul kita. Abdullah maknanya hamba Allah.

Tanpa Nama berkata...

sungg hera kenapa isu ini harus menjadi satu isu besar..adakah anda lupa bahawa agama kristian ini berasal dari asia barat, maka xla hairan jika perkataan allah ini turut digunakan oleh sesetengah penganut kristian.. kenapa kami dipaksa untuk menerima kepercayaan org lain semata2 agar kami dapat menggunakan perkataan allah tersebut? apa hak anda dalam mencampuri urusan agama org lain? boleh ka kami org kristian melarang org islam menggunakan perkataan lord, god dalam terjemahan bahasa inggeris? dan kepada org yang membakar gereja jgn ingat bahawa anda sahaja yang mempunyai sensitivti dan sifat mara, jika kami org kristian ingin sudah lama kmi juga berbuat demikian..sebab utama kami x berbuat demikian adalah dalam ajaran agama kami, kami x pernah diajar untuk malakukan keganasan atau pembunuhan kepada sesipa termasukla musuh kami, malah kami diajar untuk sayang kepada musuh kami sama seperti yesus menyayngi musuh-musuhnya malah beliau pernah berkata jika ada org yang menampar pipi anda biarkanlah dia menampar pipi anda yang sebelah lagi..dan bukannya membunuh atau berlaku ganas!!!!

hamba Allah berkata...

Salam

sy telah mengikuti perkembangan isu ini dan mempunyai pandangan tersendiri. jika diperhatikan dengan teliti, agenda orang kristia bukannya utk menggunakan nm allah, tp utk mengucar kacirkan umat islam itu sendri.
pada mula nya pihak kristian telah meminta kebenaran mahkamah utk menggunakan perkataan allah. pada hal sebenarnya mereka telah tahu yang umat islam akan bangkit menentang sehinggakan berlaku kes membakar gereja. selepas itu mereka telah membuat permohonan utk menarik balik permohonan itu dengan alasan menghormati umat islam.. adakah tuan2 sedar. ini adalah salah satu drpd jalan dakwah mereka utk menunjukkan kepada golongan islam yang lemah iman pada zmn sekarang ini bahawa agama kristian bersifat tolak ansur, bekerjasama dan baik manakala agama islam merupakan agama yang berlandaskan keganasan..dengan ini mereka dapat menarik orng2 yang lemah iman ini utk menganut agama kristian.. dan jika dilihat pada hari ini, propaganda ini telah berjaya.. ini merupakan salah satu daripada petanda kiamat iaitu umat islam sedang dilanda oleh fitnah yang besar..sy ingin berpesan kepada semua umt islam. kita hendaklah berfikir sebelum melakukan sesuatu.. jangan terlalu cepat melatah.. kata2 ulamak tidak diguna pakai, menyebabkan kita memilih jalan yang salah untuk mempertahankan agama sendri.. disini juga sy ad pandangan berkenaan dengan kes membakar gereja yang berlaku.. mungkin perkara ini dilakukan oleh org kristian itu sndri (kerana itu yang mereka mahukan) sbb jika dilihat hanya kerosakan kecil saja yg berlaku.. kalau betul org islam nk bakar.. kenapa tidak dibakar hangus satu gereja itu.. pelikkan????
ingtlah wahai umat islam.. ini hanya propaganda dan cara dakwah org kristian utk memburukkan umat islam dan mengangkat martabat agama mereka.. melalui apa??.. melalui kebodohan org islam itu sndri... pihak agama lain sedang berusaha mencari kelemahan kita dan kelemahan tersebut semakin terserlah melalui akidah kita sndiri. Semenjak kristian kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka
tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati(syahid). Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ...Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu...Macamana benda ni boleh terjadi?

hamba Allah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
hamba Allah berkata...

Salam..

sambungan dari artikel diatas. ini merupakan email yang sy terima dari seorang hamba allah yang lain..
Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G.. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya
kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya... renungilah semua kata2 ini

hamba Allah berkata...

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali,
email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

#kawan-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan
email ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari
jalan yang betul.

Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat
kepada Allah.

Tanpa Nama berkata...

Saya mengikuti isu dengan rasa sedih dan terkilan. Sedih kerana isu ini merosakkan keharmonian negara yang kita cintai. Hanya isu "istilah" sahaja yang berkait dengan bahasa.

Pendapat saya sendiri, sesuatu istilah bukan hak mutlak sesuatu kaum. Kadang-kadang ada isilah yang hampir-hampir sama dan tidak kurang pula istilah yang sama tetapi maksud yang berbeza. Misalnya perkataan "tonton" dalam Bahasa Melayu tidak sama dengan "tonton" dalam bahasa dusun. Apakah perasaan orang melayu jika orang dusun melarang orang melayu menuturkan perkataan tonton kerana ia merujuk kepada barang kemaluan wanita dalam bahasa dusun.

Pada pandangan saya, biarlah kita sama-sama menggunakan istilah yang sama walaupun ruang rujuk kita berbeza. Kalau kita takut ia akan merosakkan akidah saya fikir kita hanyalah takut pada bayang-bayang sendiri.

Saya terkilan kerana disaat seluruh dunia telah menggunakan perkataan ini bersama termasuk negara Arab tempat lahirnya agama Islam dan asal istilah ini tidak pernah melarang penggunaannya dan juga negara-negara lain tiba-tiba kita ingin menjadi jaguh pula.

Apakah hak kita menyuruh penganut lain menggunakan istilah lain? Kadang-kadang kita takut mereka mempermain-mainkan istilah itu. Saya yakin tidak kerana saya tahu dalam Bible melarang Allah melarang umatnya menyebut namanya semberangan.

Kadang-kadang kita disuruh mengkaji bahasa dari mana mulanya istilah Allah ini. Pada pandangan saya marilah kita bersama-sama tanya kepada Allah kerana segala sesuatu dari Dia.

Pada pandangan saya, untuk menyelesaikan isu ini, orang islam menggunakan "Allah" manakala orang kristian menggunakan perkataan "Alah" kerana itulah cara mereka menyebutnya.

Jangan kita perpanjangkan isu ini lagi. Allah akan menghukum kita kerana mengheret namaNya ke mahkamah. Siapakah hakim-hakim di dunia ini menentukan urusan Tuhan? Dunia ini milik kita bersama.

hamba Allah berkata...

KITA BUKAN MARAH DIORANG PKAI PERKATAAN ALLAH
CUMA KITA TAKUT PERKATAAN ITU DISALAH ERTI DAN DISALAH GUNAKAN UNTUK MENGELIRUKAN UMAT ISLAM DINEGARA INI...
BAK KATA TUAN GURU NIK AZIZ, BUKAN SETAKAT UDANG DISEBALIK BATU TAPI BUAYA....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...