12 Mac, 2009

Anggota parlimen PklnChepa sumbang sebulan elaun baiki masjid




PENGKALAN CHEPA, 12 Mac (Hrkh) - Fungsi masjid bukan sahaja dijadikan tempat sembahyang atau beribadat, sebaliknya sebagai kegiatan bagi masyarakat setempat.
Angggota Parlimen Pengkalan Chepa, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman berkata, fungsi masjid perlu diperluaskan dan bukan sekadar hanya tempat bersembahyang sahaja.
"Sewaktu zaman Nabi Muhammad saw, masjid mempuyai pelbagai fungsi sehingga untuk berperang pun Nabi berbincang dalam masjid," katanya pada majlis memungut derma bagi mengubahsuai Masjid Pulau Pisang di sini, baru-baru ini.
Kata beliau, lima fungsi utama masjid di awal kebangkitan Islam iaitu, tempat sembahyang, mesyuarat, berbincang mengenai peperangan, mahkamah dan pusat pendidikan.
Pada majlis itu beliau juga meminta ahli-ahli jawatankuasa masjid berkenaan memikirkan cara dan program yang bersesuaian untuk mendekatkan remaja dengan masjid.
"Sediakan aktiviti masjid untuk golongan belia, dengan cara ini dapat mendekatkan mereka dengan masjid," katanya.
Beliau juga memberi menderma sebanyak RM10,000 dan sebulan elaun kepada dana masjid berkenaan.
Masjid terbabit terletak di bawah Dun Kijang, sering kali ditenggelami banjir pada musim tengkujuh. Sebanyak RM300,000 diperlukan untuk mengubahsuai masjid berkenaan.
Sementara itu orang ramai dialu-alukan menderma bagi mengisi tabung tersebut.
Sumbangan boleh diberi melalui bendahari Masjid Pulau Pisang akaun Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB), nombor akaun 03036020228373. -

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...