06 Ogos, 2008

MUAFAKAT MPKB BERSAMA DUN KIJANG MERIAH






Dun Kijang-Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam telah mengadakan satu Majlis Muafakat bersama penduduk sekitar Dun Kijang yang di adakan di tapak Pasar Kedai Buloh baru-baru ini iaitu pada 2 ogos 2008.


Majlis yang pertama kali diadakan di Dun kijang(Parlimen Pengkalan Chepa) ini mendapat sambutan yang amat menggalakan daripada masyarakat setempat,Ianya di serikan dengn beberapa program yang telah di atur oleh pihak MPKB-BRI dan MTD Kijang.


Majlis yang bermula pada sebelah malam dengan program ceramah dari PDRM mengenai gejala sosial di kalangan remaja hari ini dihadiri kira-kira 500 orang hadirin dan pada keesokanya berbagai acara telah di jalankan,Sukaneka,kempen derma darah dan pemeriksaan kesihatan,kaunter semakan cukai bandar dan semakan saman letak kereta serta pameran dari agensi-agensi kerajaan dan gerai-gerai jualan.Majlis ini telah di rasmikan oleh YB.Dato'Hj Abd Halim Abd Rahman selaku Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.


Seramai 100 orang fakir niskin dan anak yatim dari Dun Kijang di raikan dalam majlis ini dan menerima sumbangan Hampers dan wang tunai dari pihak MPKB-BRI


Program MPKB-BRI bersama masyarakat DUN KIJANG di akhiri dengan Jamuan gulai kawah kepada yang hadir ,Sebanyak 2 ekor lembu telah disediakan untuk jamuan rakyat.


SELURUH WARGA KERJAMPKB-BRI & MTD KIJANG MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG HADIR BAGI SAMA-SAA MENJAYAKAN PROGRAM KALI INI.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...