05 Ogos, 2008

CALON KIJANG MENANG TANPA BERTANDING



PERISTIWA
Pengkalan Chepa, 24 Feb Calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kijang, Wan Ubaidah Omar yang diumumkan menang tanpa bertanding melahirkan rasa terharu di atas kemenangannya itu.
Bagaimanapun beliau tetap menggerakkan muslimat PAS bagi membantu calon-calon PAS di tempat-tempat lain.“Memandangkan saya telah diisytiharkan menang tanpa bertanding, kita akan menggunakan jentera kita untuk membantu calon muslimat di Parlimen Rantau Panjang dan Kota Bharu,” katanya selepas diisytiharkan menang hari ini.Beliau juga melahirkan keazamannya bagi meneruskan pembangunan dan khidmat yang ditinggalkan Adun kawasan itu sebelum ini, Dato’ Husam Musa.“Insya-Allah mana-mana pembangunan dan program untuk rakyat yang tidak sempat dilaksanakan di situ akan saya teruskan bagi manfaat rakyat,” ujarnya.
Beliau juga melahirkan rasa kesal apabila pegawai pengurus pilihan raya parlimen Pengkalan Chepa menolak bantahan wakil PAS apabila calon Umno Chempaka tidak menangani borang pencalonan.Bagaimanapun bantahan kesilapan yang dianggap disengajakan itu namun tidak diterima pegawai pengurus pilihan raya, Haji Ismail Abdul Ghani.Mengulas isu terbabit Ubaidah berkata, perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan ia merupakan perkara besar seperti disengajakan.
“Ini sudah cukup membuktikan betapa tidak telusnya SPR dalam perkara itu. Tidak telusnya SPR menyebabkan mereka menolak bantahan PAS kerana kesilapan tersebut.“Itulah SPR betapa tidak telus, ada ke patut boleh terima orang tak tanda tangan borang. Kita pergi ke bank untuk mengambil wang pun wajib tanda tangan, jika tidak tak dapat wang tersebut,” kata Menteri Besar.Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat pula berkata, kalau tidak tandatangan pihak yang hendak bagi wang pun tak terima biar pun duit kita kerana ia sudah menjadi peraturan.Kemenangan Ubaidah yang merupakan seorang daripada tiga calon wanita yang bertanding pada pilihan raya umum kali ini di Kelantan. Dua lagi calon bertanding di Dun Tanjung Mas dan seorang lagi di Parlimen Rantau Panjaang
.Kemenangan tanpa bertanding itu sekaligus mencipta rekod baru dalam sejarah politik Kelantan.Beliau sepatutnya menentang calon Barisan Nasional (BN), Mustopha Ahmed, seorang ahli perniagaan yang disahkan tidak layak kerana menjadi penjamin kepada seorang ahli perniagaan yang diistiharkan muflis.
Pencalonan Ubaidah yang merupakan anak jati Dun tersebut dicadang A Fauzi Mamat dan penyokongnya, Ruzely Abdullah.Tuan Guru Nik Abdul Aziz bertanding menentang ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Dato’ Dr Nik Mohd Zain Omar.Beliau dicadang Nik Asma’ Baharum Nik Abdullah dan penyokongnya Hashim Mohammad. Manakala Ustaz Mohd Amar Abdullah akan mempertahankan Dun Panchor dan ditentang Dali Husin. -

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...