30 Mei, 2010

Kemeriahan Cakno Rakyat Dun Kijang

\


Cakno rakyat dun kijang anjuran Majlis Tindakan Dun Kijang dengan kerjasama Urusetia pembinaan belia, insan, sukan dan NGO telah di adakan dengan jayanya pada 22 mei 2010.

Program tersebut dimulakan dengna pendaftaran cabutan bertuah dan pertandingan sukaneka pada 8pagi dan berakhir pada jam 12 malam dengan ceramah perdana oleh YB Dato' Husam Musa.

Upacara perasmian telah disempurnakan pada pukul 10 pg oleh YB Hjh wan Ubaidah Bt omar (ADUN kijang ) dengan perarakan 100 buah motor klasik dan 4 ekor kuda telah mengiringi kereta YB bermula di Masjid Banggol ke tapak Program iaitu di Pasar Besar Kedai buloh.

Pelbagai acara menarik telah diadakan dan dipersembahkan iaitu, Silat, dikir barat , tomoi dan paling menarik adalah Persemabahan khas drpd masy Tion Hua iaitu Tarian Singa.


Selain acara sukaneka dan pertunjukan, pelbagai pameran juga diadakan iaitu daripada pelbagai agensi Celcom, pemeriksaan kesihatan/ mata percuma, derma darah dan pelbagai lagi.

Pelbagai cabutan bertuah disediakan, antaranya Lembu,kambing, basikal, TV dan pelbagai hamper dan barangan elektrik disediakan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...