Assalamulaikum...
Sekitar Ramadhan al-mubarak yang lalu, YB Wan Ubaidah telah mengambil inisiatif untuk menziarah rakyatnya yang terdiri daripada golongan miskin, warga Emas dan Golongan kurang upaya(OKU). YB dengan kerjasama ketua muslimat cawangan telah memilih 7 orang daripada setiap cawangan. Sehingga kini 10 daripada 23 cawangan telah selesai. Aktiviti ziarah ini akan berterusan sehingga selesai 23 cawangan. Sedikit sumbangan telah disediakan untuk perbelanjaan mereka. YB berharap dengan lawatan dan ziarah ini dapat mengeratkan hubungan sesama mereka dan dapat menyelami kehidupan mereka dengan lebih dekat. Inisiatif ini benar-benar menunjukkan YB "cakna rakyat" dan prihatin dengan keadaan rakyatnay sesuai dengan kelantan sebagai sebuah negeri berkebajikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan