Salah seorang penerima bantuan dari kaum Tionghua dalam Dun Kijang menerima sumbangan dari YB .Wan Ubaidah
Lebih 1000 Armalah dari Dun Kijang mendapat perhatian dan sumbangan dari JKM yang di sampaikan oleh Kak Ubai di Kem Kijang.
Lebih 1000 Armalah dari Dun Kijang mendapat perhatian dan sumbangan dari JKM yang di sampaikan oleh Kak Ubai di Kem Kijang.
KOTA BHARU, 29 Sept (Hrkh) - Kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan peruntukan sebanyak RM2.2 juta yang diagih kepada warga emas, armalah dan anak yatim sepanjang Ramadan ini.
Pengarah JKM Kelantan, Md Noor Chik berkata, sumbangan tersebut sedikit sebanyak diharap dapat membantu golongan terbabit membuat persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Beliau berkata sedemikian pada majlis penyampaian sumbangan kepada 1,000 penduduk miskin di Dun Kijang baru-baru ini. Sumbangan tersebut disampaikan Adun Kijang, YB,Hjh.Wan Ubaidah Omar.
Beliau juga berkata, semua penerima bantuan bulanan daripada JKM akan menerima bantuan mereka melalui bank atau tunai sebelum 5 haribulan pada setiap bulan bermula Ogos lalu.
Antara yang memenuhi dewan Darulnaim,Kem Kijang mendengar ceramah dari YB.Kak Ubai
Menurutnya terdapat tujuh skim bantuan yang disediakan JKM iaitu skim bantuan armalah, warga emas, pekerja cacat (OKU), pesakit terlantar, OKU terlantar dan ibu bapa peliharaan.
"Kesemua penerima skim bantuan ini akan dapat menerima sumbangan setiap awal bulan, tidak seperti berlaku sebelum ini," ujar beliau.
Beliau juga berkata, JKM negeri sedang menjalankan Projek Cari iaitu mencari di segenap pelusuk negeri melalui pemimpin peringkat kampung untuk mengenal pasti mereka yang betul-betul memerlukan bantuan kerajaan.
Hadirin yang ramai sampai tak muat dewan.....!!!!!!!
Menurutnya setakat ini terdapat seramai 11,000 penduduk dhaif di negeri ini yang dikenal pasti layak diberi bantuan hasil maklumat awal yang diperolehi dari badan-badan berkaitan.
Oleh itu katanya bagi mempercepatkan proses bantuan kepada golongan terbabit JKM melantik seramai 58 kakitangan sementara yang turun ke bawah bagi mengenalpasti mereka yang benar-benar layak mendapat bantuan.
"JKM sentiasa bekerjasama dengan wakil rakyat di peringkat Parlimen dan Dun di negeri ini bagi mengenal mereka yang layak mendapat bantuan kerajaan," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan