25 Januari, 2009

Masalah Air Di Pantai Mek Mas Selesai




Masalah Air Di Pantai Mek Mas Selesai


Alhamdulillah berkat kesabaran penduduk Pantai Mek Mas di dun Kijang dan komitmen ADUN Kijang berusaha untuk mendapatkan bekalan air bersih telah tertunai. Kira-kira 7000 penduduk sekitar mendapat bekalan air bersih setelah beberapa tahun menghadapi masalah tekanan air yang tidak menentu pada siang hari.
Semoga kita dapat memanfaatkan segala kemudahan yang diberikan dengan sebaiknya.Bersama kita tolong-menolong membantu menyelesaikan masalah rakyat kawasan kita.










26 Disember, 2008

240 pelajar miskin terima bantuan seragam sekolah

PENGKALAN CHEPA, 25 Dis (Hrkh) - Tiada ungkapan yang mampu diluahkan penduduk miskin terutamanya di musim tengkujuh sekarang apabila anak-anak mereka diberi bantuan pakaian seragam sekolah oleh wakil rakyat.

Hari ini seramai 240 pelajar miskin dari 24 cawangan PAS di Dun Kijang menerima sumbangan tersebut yang disampaikan wakil rakyatnya, Wan Ubaidah Omar.
Sumbangan berkenaan disampaikan melalui ketua-ketua cawangan pada satu majlis di Pejabat Majlis Tindakan Dun Kijang, di sini.
Hadir sama pada majlis itu penghulu wanita Dun tersebut, Kamariah Ismail dan wakil peribadi Adun Kijang, En.Muhammad Sulaiman.
Lebih RM5,000 dibelanjakan Adun terbabit bagi menyediakan pakaian seragam sekolah berkenaan.
Wan Ubaidah berkata, sumbangan berkenaan diberikan sebagai usaha untuk meringankan bebanan penduduk kampung yang berpendapatan rendah khususnya dalam suasana kegawatan ekonomi sekarang.
"Bagi meringankan bebanan penduduk kampung, Dun Kijang juga akan menubuhkan 'skuad baik pulih rumah' tahun hadapan khusus untuk membaiki rumah yang rosak sama ada akibat ribut, dihempap buah kelapa dan sebagainya.
"Saya tahu tanggungjawab penghulu di Dun ini begitu berat kerana saban tahun berhadapan dengan pelbagai musibah khususnya pada musim tengkujuh di mana banyak rumah rosak akibat angin kencang," katanya.
Selain itu kata beliau penghulu menjadi tempat rakyat mengadu masalah mereka terutamanya berkaitan kewangan setiap kali tibanya musim sesi baru persekolahan.
"Saya berharap penghulu bekerja bersungguh-sungguh bagi melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dan bersabar menghadapi pelbagai kerenah penduduk," ujarnya. - mj _

19 Oktober, 2008

SAMBUTAN RAYA DUN KIJANG MERIAH










Pada 10hb Oktober yang lepas, telah berlangung majlis sambutan Hari Raya bagi masyarakat DUn KIjang. Majlis tersebut diraikan oleh ADUN Kijang, Yb Wan Ubaidah Bt Omar dan diserikan lagi dengan kedatangan YB Dato' Abd Halim iaitu ADR Parlimaen Pengkalan Chepa.


Sambutan majlis ini di kunjungi oleh hampir 3ribu orang termasuk golongan Tiong Hua dan Kanak-kanak. Pada majlis ini juga, kanak-kanak di bawah umur 12 tahun telah mendapat sumbagan duit raya daripada YB. Majlis ini juga dimeriahkan lagi dengan persembahan nasyid daripada adik-adik Sek Arab Istiqomah,badang. Semoga majlis ini dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama kita dan dapat diteruskan pada masa akan datang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...