27 Oktober, 2011

Penyerahan Cek Kronik Kepada Penerima

25 Okt 2011 : YB Kak Ubai bersama-sama dengan kakitangan MTD turun bersama-sama ke beberapa buah  kampung untuk aktiviti ziarah sambil menyampaikan cek kepada pesakit kronik. Kedatangan YB Kak Ubai ini disambut dengan gembira oleh penduduk di situ. 

Kebetulan juga pada hari tersebut, berlaku satu kematian di Kampung Pulau Kundor iaitu Che Mahmod. Arwah juga merupakan ahli sistem takaful kifaalah. Kedatangan Kak Ubai ini untuk memberi sedikit sumbangan yang diharapkan dapat mengurangkan sedikit bebanan keluarga si mati untuk urusan pengebumian .

 YB Kak Ubai menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga si mati.

YB Kak Ubai menyampaikan cek pesakit kronik kepada Che Mohamad di Pulau Kundor. 

YB kak Ubai menyampaikan sedikit sumbangan kepada isteri si mati di Kampung Kedai Buloh yang meninggal akibat sakit tua.. Arwah juga merupakan ahli kifaalah.

 

Isteri Wan Mohd Rahim menerima cek pesakit kronik bagi pihak suaminya daripada YB Kak Ubai..  

Mek Nab Bt Dollah menerima cek pesakit kronik bagi pihak suaminya yang sekarang ni sedang sakit terlantar, Kampung Kedai Buloh.

YB kak Ubai menyerahkan cek pesakit kronik kepada Junoh Bt Jusoh yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi, kampung Kedai Buloh. 

Di samping tu juga, YB Kak Ubai sempat menziarahi bayi yang menghidap penyakit jantung berlubang. Kampung Kedai Buloh. 

Sebelum balik, YB Kak Ubai juga sempat singgah ke beberapa buah rumah untuk bertanyakan khabar penduduk. Sikap beliau yang peramah itu amat desenangi oleh penduduk. 

Semoga dengan bantuan yang diberikan ini dapat membantu mengurangkan bebanan keluarga yang menderita akibat sakit kronik mahupun yang meninggal. InsyaAllah.. 

Takbir !!! Allahuakhbar ...




Alhamdulillah.. Inilah pemimpin yang kita cari selama ni.. Kagum dengan sikap low profile sultan kita. Sultan kelantan, Tuanku Sultan Muhammad V..  Takbir !!!! Allahuakbar... Semoga Tuanku dilanjutkan usia dan sentiasa mendapat rahmat dari Allah swt dan Tuanku sentiasa memimpin berlandaskan Islam. 

25 Oktober, 2011

Kebakaran di Kampung China,Kota Bharu.

20 Oktober 2011, Khamis  : Telah berlaku kebakaran di Kampung China, Kota Bharu. Kebakaran yang melibatkan sebuah rumah dan dua buah kedai. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 2.15 petang. Baca selanjutnya di SINI.



YB Kak Ubai turut menziarahi mangsa kebakaran pada hari kejadian. Kedatangan Kak Ubai ini menunjukkan beliau prihatin dengan keadaan semasa yang berlaku di kawasan beliau. Sedikit sumbangan dihulurkan kepada keluarga mangsa kebakaran, walaupun tidak mungkin sumbangan tersebut menghilangkan perasaan trauma, namun pastinya sumbangan ini dapat mengurangkan sedikit bebanan keluarga. 




YB Hj Anuar Tan juga turut bersama menziarahi tempat kejadian. 


YB Kak Ubai dengan YB Hj Anuar Tan bersama dengan mangsa kebakaran.

17 Oktober, 2011

Pelajar hadap FB lebih 4 jam sehari..



Anggota Parlimen Arau Datuk Ismail Kasim melahirkan rasa bimbang dengan fenomena masa kini yang menunjukkan ramai pelajar di negara ini menghabiskan masa melayari laman sosial tanpa kawalan dan mendapatkan maklumat yang diragui daripadanya.

Ada kajian menunjukkan lebih 60,000 pelajar menghadap komputer lebih empat jam sehari semata-mata untuk melayari laman sosial termasuk facebook, katanya tanpa menyatakan sumber kajian itu.

Bercakap kepada para pemberita selepas menyampaikan hadiah pertandingan karaoke 1Malaysia di Kampung Kebun, Arau dekat Kangar malam tadi, beliau bimbang fenomena itu akan merugikan masa depan mereka.


Ismail berkata, ada pelajar yang berterusan membuang masa dengan laman sosial meskipun di saat menghadapi peperiksaan penting.

Antara kesan negatif melayari laman sosial tanpa kawalan termasuk ada kes pelajar lari daripada rumah kerana ingin bertemu rakan barunya yang dikenali dalam laman itu selain kemerosotan pelajaran, katanya.Ismail yang juga Timbalan Ketua Umno bahagian Arau juga bimbang dengan sikap orang ramai yang gemar mendapatkan maklumat mengenai perkara terkini melalui sumber yang diragui di internet.

Menurutnya, mereka sepatutnya mematangkan diri dengan mendapatkan maklumat sebenar mengenai negara dan sesuatu perkara melalui media arus perdana dan sumber yang sebenarnya.


sumber : SINI.

Komen mengenai isu ni, mungkin benar ada kesan negatif melayari laman sosial tanpa kawalan ni, tapi mungkin juga kesan positifnya adalah mereka ini boleh mencari sumber alternatif lain dalam mendapatkan maklumat berbanding media arus perdana yang nyata berat sebelah dalam menyampaikan maklumat. Beliau ternyata bimbang pelajar-pelajar ini lebih bijak dalam membezakan yang mana benar yang mana salah. Kedudukan mereka akan tergugat apabila pelajar-pelajar ni yang kemudiannnya akan menjadi tunjak pimpinan negara pada masa akan datang bangkit dalam menegakkan kebenaran.

12 Oktober, 2011

Aktiviti Ziarah Lagi...

Selasa, 4 Oktober 2011 yang lalu.. YB Kak Ubai telah menziarahi beberapa rumah di DUN Kijang . Kunjungan Kak Ubai pada kali ini adalah untuk menyerahkan sendiri cek OKU kepada penerimanya di samping menziarahi keluarga si mati dan yang akan menunaikan haji. Antaranya adalah :

YB Kak Ubai menyerahkan cek kepada penerima sumbangan kerana masalah penglihatan (penyakit katarak ) di Kg.Keseng..

 Penerima sumbangan bagi mengerjakan ibadah haji di Kg Kuala Besar

Penerima cek OKU di Kg Kijang.

Penerima cek OKU bagi pihak anaknya di Kg Kijang.

Penerima cek OKU (masalah cacat penglihatan ) di Kg.Bunga Mas,Penambang. 

Penerima cek OKU..

 Menerima sumbangan kifaalah kerana kematian suami..

YB Kak Ubai juga ada bertanyakan khabar kepada keluarga si mati di Kg.Badang.

Kunjungan Kak Ubai ni menunjukkan beliau prihatin dengan keadaan warga di bawah pimpinan beliau dengan turun padang sendiri untuk bertemu dengan rakyat. 

11 Oktober, 2011

Waktu-waktu Ijabah

gambar SINI..

Saya pernah terbaca dalam satu buku yang bertajuk Penyakit dan Penawar. Dalam buku tersebut ada menyatakan tentang waktu-waktu Ijabah iaitu waktu Allah menjawab doa kita. Waktu Ijabah ni ada enam iaitu :
> sepertiga terakhir daripada waktu malam
> waktu azan (dikumandangkan)
> waktu azan dan iqamah
> selesai solat fardhu
> waktu imam naik mimbar hingga selesai solat pada hari itu
> pada waktu-waktu terakhir setelah solat asar.


Selain waktu ijabah, perkara yang perlu diambil kira adalah adab dalam berdoa iaitu :


> Hati benar-benar merasa hadir dan bertemu dengan Allah swt sehingga mampu menumpukan khusyuk
> Merendahkan diri serta tunduk khusyuk ke hadrat-Nya
> Menghadap arah kiblat
> Harus dalam keadaan suci. Kalau boleh dakan keadaan berwudhuk
> Mengangkat tangannya kepada Allah
> Memulainya dengan pujian kepada Allah . Misalnya membaca selawat ke atas Nabi.
> Sebelum menyampaikan keinginannya, seseorang terlebih dahulu memohon ampunan dan bertaubat kepada Allah, misalnya "Astaghfirullah al-azim wa atubu ilaihi"
> Mengajukan permohonan kepada Allah swt dengan bersungguh-sungguh 
> Berdoa dengan penuh harap dan takut, bertasawul kepadaNya dengan nama-namaNya dan sifat-sifatNya dan mengesakanNya
> Mengeluarkan sedekah sebelum berdoa.

Sesungguhnya doa seperti itu tidak ditolak .. Namun,perkara-perkara yang mempengaruhi gagalnya suatu doa adalah sifat tergesa-tergesa dalam menanti ternakbulnya doa.. Terlalu terburu-buru dalam berdoa sehingga merasakan putus asa untuk berdoa.. Akhirnya, meninggalkan doa sama sekali..

Dalam shahih Bukhari. Ada hadith yang diriwayatkanoleh Abu Huraurah. Rasulullah saw bersabda :
Bermaksud :


06 Oktober, 2011

TPM Akui Malaysia Pernah Dijajah

Akhirnya.. TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaku jugak yang Malaysia ni pernah dijajah.. Jadi benarlah apa yang diberitahu oleh Mat Sabu sebelum ni yang polis bukit kepong berkhidmat untuk British.. Jadi apa yang diperkatakan oleh profesor Zainal dan Ramlah Adam hanyalah palsu.. Apa yang penting, jangan cuba nak tegakkan benang yang basah kerana kebenaran pasti mendahului kepalsuan... 


NONE
Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menolak pandangan pakar sejarah bahawa Malaysia tidak pernah dijajah.

Muhyiddin berkata, pendirian kerajaan adalah demikian walaupun sebelum ini didebatkan bahawa negara masih ditadbir oleh sultan, dengan nasihat British.

"Sebabnya kita tahu bahawa kita dijajah. Dalam sejarah dulu residen British atau penasihat pada waktu itu beri nasihat kepada raja.

"Dan dalam konteks ini, nasihat pesuruhjaya atau residen itu perlu diterima.

"Bermakna walaupun ada (sultan) itu tetapi dia tidak bebas, dia terpaksa mengikut apa yang dianjurkan pihak (British).

"Atas dasar itulah kita kata kita harus berjuang untuk memerdekakan negara," katanya ketika menjawab satu soalan tambahan daripada Azmin Ali (PKR-Gombak) di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya lagi atas sebab itu, isu yang mencetus kontroversi sebelum ini, tidak harus didebatkan dengan lebih panjang lebar.Muhyiddin berkata, atas konsep itu, perjuangan memerdekakan negara adalah perlu dan sumbangan pejuang seperti Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar tidak boleh diketepikan.

Beliau berkata, perjuangan kemerdekaan negara selama 54 tahun sehingga kini mempunyai signifikannya dan ia tidak disambut pada setiap tahun dengan sia-sia.

Baca berita selanjutnya di SINI..


Persoalannya... Kenapa sekarang baru nak bersuara?? 

05 Oktober, 2011

Majlis Solat Hajat dan Ceramah Keibu bapaan

Selasa, 4 Oktober 2011 : Satu majlis solat hajat dan majlis ilmu telah diadakan di Masjid Kedai Buloh dengan jemputan khas  YB Senator Mumtaz Nawi selaku penceramah. Seramai lebih kurang 100 muslimat hadir untuk sama-sama memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi sambil mendengar kuliah daripada YB Mumtaz. Solat hajat ini bertujuan untuk anak-anak yang menduduki peperiksaan PMR sekarang ni.

Antara isi ceramah beliau adalah mengenai kisah wanita-wanita hebat pada zaman dahulu seperti Ibu kepada Nabi Musa a.s, Kakak kepada Nabi Musa a.s,  dan Isteri kepada Firaun. Kehebatan mereka ini sering di sebut-sebut sehingga ke hari ini. Sifat-sifat mereka yang bijak itu harus di contohi oleh semua wanita pada zaman sekarang. 

 Antara hadirin yang turut hadir dalam majlis ini.

Ceramah daripada YB Senator Mumtaz yang penuh bersemangat.

YB Kak Ubai juga turut hadir pada majlis ini. 

YB Senator Mumtaz bersalaman dengan hadirin. 


04 Oktober, 2011

Boleh ke merasai penderitaan rakyat kalau pemimpin macam ni?


Niat untuk mendekati hati rakyat memang murni.. PM kita teruja bila pertama kali naik bas. Tapi cuba bayangkan. Adakah bas yang PM kita naik sama macam yang rakyat naik? Dengan langsir yang bertutup macam tu. Apa mereka nampak ke apa yang rakyat lalui. Dengan kesesakan lalu lintasnya. 

Pemimpin sepatutnya merasai apa yang rakyat rasai untuk menyelami keperitan hidup rakyat... Barulah pemimpin dikatakan mesra rakyat. Barulah kena dengan slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. . Tak gitu??

Rasanya kita sendiri boleh nampak mana satu pemimpin yang lebih mesra rakyat. yang turun bersama-sama merasai penderitaan rakyat. Kita sendiri pun boleh pikir. Pemimpin yang dihormati oleh rakyat adalah pemimpin yang betul-betul memimpin dan memberi contoh teladan yang baik kepada rakyat. Pilihan semuanya di tangan kita. Pemimpin yang macam mana kita nak pilih..


02 Oktober, 2011

Tuan Guru Nik Abdul Aziz : I Know Who You Are




KEPALA BATAS, 1 Okt:
 Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, PAS tidak mahu 'terjerumus dua kali' untuk menjalinkan hubungan politik dengan Umno BN.
Menurutnya yang juga Menteri Besar Kelantan, PAS sudah serik dengan pengkhianatan Umno sewaktu PAS menyertai kerajaan campuran bersama parti itu pada tahun 1973 yang menyaksikan PAS ditendang keluar pada tahun 1977.
"Kita pernah bersama Umno dulu, saya sendiri sokong PAS bersama Umno sehingga PAS waktu itu pecah empat, kemudian PAS ditendang keluar.
"Sekarang (Umno) ajak kami balik, saya kata I know, who you are," katanya pada sidang media di sini.
Mengimbau sejarah perjuangan PAS lalu, Tuan Guru Nik Aziz berkata, Umno melakukan jenayah besar kerana mengharamkan lambang bulan dan bintang pada bendera PAS.
Ditanya apa alasan Umno untuk mengharamkan lambang itu, beliau berkata kerana parti nasionalis itu tidak mahu PAS membawa perjuangan agama.
"Ni kena tanya Umno la. Cuma Umno ni tak mahu ugama, bukan stakat hudud, Islam pun dia tak mahu," katanya.
Ditanya lagi adakah pintu hubungan politik dengan Umno ditutup selama-lamanya, beliau berkata PAS bersama Umno jika parti itu menerima Islam dan meninggalkan perjuangan nasionalis.
"(Nak tutup pintu) Selama-lamanya tak boleh lah. Kita berdoa agar Umno berubah dari nasionalis kepada Islam.
"Sekarang, orang bukan Islam pun terima perjuangan Islam PAS sehingga kita ada Dewan Himpunan Penyokong PAS," ujarnya lagi.
Menurutnya lagi, tidak mustahil PAS akan datang bukan sahaja menjadi Parti Islam Se-Malaysia, malah akan berkembang menjadi Parti Islam Se-Dunia.
"Sikit lagi Parti Islam Se-Dunia sebab Islam bukan untuk orang Islam sahaja tapi untuk semua, rahmatan lil 'alamin," ujarnya.
sumber : SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...